Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 30, 2024 @ 12:22pm

Kongsi Video Hafaz Surah Al-Mulk, Usaha Nora Danish Dipuji – “True Beauty At Her Prime, Moga Istiqamah”

Pelakon jelita Nora Danish mencuri perhatian apabila berkongsi sepotong video pendek menerusi platform media sosialnya.

Video berdurasi lebih empat minit itu memperlihatkan Nora sedang duduk di atas sofa sambil mengenakan telekung dan menghafaz surah Al-Mulk.

“4 ayat lagi to go. Allah mampukan,” tulisnya ringkas.

@noradanishhanif 4 ayat lagi to go…… Allah mampukan 🤍 #AlMulk #hafazan ♬ original sound – DanishNora

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut aktres berusia 42 tahun itu memuji dan mendoakan agar penghijrahannya itu berkekalan sekaligus usahanya menghafaz surah Al-Mulk berjaya.

Bahkan, bekas suaminya iaitu Nedim Nazri juga percaya bahawa Nora mampu melakukannya.

“Easy, Insyaa-Allah you can,” balasnya.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran terkini Nora itu telahpun menerima lebih 11,000 tontonan dan menerima lebih 2,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Nora bakal muncul dalam drama Langit Ke Tujuh yang bersiaran di Tonton.

Drama bersiri arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah itu membawa kisah ajaran sesat yang turut dibintangi oleh Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Chacha Maembong, Faezah Elai dan Farahdhiya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Sep 2024
FESYEN Mon, 17 Jun 2019
Featured Sun, 9 Sep 2018

5 Gaya Potongan Rambut Yang Nampak Menawan Pada Wanita Bermuka Bulat

Ia boleh membantu membuatkan muka anda nampak lebih panjang.

Trending Tue, 20 Nov 2018

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

error: Content is protected !!