Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 16, 2024 @ 4:38pm

“Lama Tak Jumpa Anak Mama Sorang Ni, Rindu Sangat!” – Abby Abadi Akhirnya Dipertemukan Dengan Marissa Dania

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi meluahkan rasa syukur dan terkejut apabila dipertemukan dengan anaknya, Marissa Dania Hakim.

Menerusi perkongsian di Instagram, Abby dan Marissa dipertemukan ketika sambutan hari lahir anak perempuannya, Maria Danisha Hakim.

“Nak terkejutkan Baby @m_danishaa, Mama yg terkejut sebab ada @marissadania_ . Abang @danishhakimofficial memang selalu ada je dimana-mana.

“Siapa yang bagitahu ada majlis ni? Papa ke Mummy?,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

 

Seakan doa dimakbulkan Tuhan, Abby menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik menerusi hantaran terkininya di Instagram kelihatan memeluk erat Marissa setelah pelbagai kontroversi menimpa anaknya itu.

“Lama tak jumpaaaa anak Mama yang sorang ni.. rinduuuu!! Rinduuu sangat-sangat. Terima Kasih datang semalam raikan Baby.

“Datang selalu okay.. Daiyan, Dayana, Darda semua rindu dan sayang Adik sangat-sangat. Sangat-sangat tau! Tak berkurang walau sikitpun,” katanya.

Tidak habis disitu, Abby yang kelihatan memeluk Marissa dengan begitu erat sempat menitipkan pesanan kepada netizen menerusi hashtag pada hantaran berkenaan.

“Pesanan: Nanti kita plan jalan-jalan tau. Enjoy-enjoy. #jangantulisbukan-bukan #sayablocknanti #sorry.

Terdahulu, selepas berita Marissa kehilangan anak sulungnya ketika dilahirkan tular,  Abby memaklumkan, dia tidak menahu mengenai hal tersebut.

Artikel Berkaitan: Netizen Berang, Buat ‘Party’ Di Ruangan Komen IG Abby Abadi ‘Sekolahkan’ Marissa Dania – “Sombong Nak M****s! Terpaling Aslam Je Kat Mata Dia”

Artikel Berkaitan: Bersalin Bayi Pra Matang, Abby Abadi Mengaku Masih Belum Dapat Khabar Dari Marissa Dania – “Tak Tahu Nak Nasihat Apa”

Artikel Berkaitan: Saling Tak Mengikuti Di IG, Abby Abadi Sebak Peluk Model Persis Wajah Marissa Dania – “Hanya Rindu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 25 Feb 2026

3 Drama Paling Panas, 3 Ujian Hati Paling Berat… Sepanjang Ramadan Hanya di TV3

Kerana Cinta Itu Dusta, Khianat Yang Terpilih & Bila Cinta Menjadi Dosa bakal menghangatkan Ramadan di TV3!

Featured Tue, 9 Mar 2021
Trending Sat, 4 May 2019

#SetulusIkhlas: 5 Kisah Menyentuh Hati Ini Pasti Buat Air Mata Korang Bergenang

Lebih sayu, lelaki tua yang dikenali dengan nama Pak Cik Zainal ini  hanya bertongkat namun semangat kental dan kegigihannya mencari rezeki menjual minyak attar dengan harga RM 1.50.

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Azira Shafinaz Akhirnya Nak Kahwin!

Menurutnya, beliau tidak akan melangsungkan majlis pertunangan seperti kebiasaan orang Melayu dan hanya terus melangsungkan perkahwinan sahaja. Wow!

Trending Fri, 22 May 2020
Hiburan Mon, 29 Dec 2025
Hiburan Sun, 17 Nov 2019
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Siti Nurhaliza Terkejut Tengok Gelagat Anak Di Sesi Photoshoot!

Alololo…Comelnya Aafiyah anak ibu ni.

error: Content is protected !!