Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 2, 2025 @ 12:08pm

Sempat Singgah ‘Shopping Mall’ Lepas Dapat Pasport Sementara, Vivy Yusof Terkejut Ramai Orang Awam Tanya Khabar & Peluk

Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof tampil memberi respons berhubung selepas permohonan pasport antarabangsa diterima untuk sementara waktu bagi menunaikan ibadah Umrah bersama suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof meluahkan rasa syukur, meskipun berharap agar isu menunaikan Umrah tidak dihebohkan kepada orang ramai.

“Sangat berharap perkara seperti ini tidak diketahui semua orang, but it is what it is. Alhamdulillah untuk hari ini. Vivy dan suami bersyukur,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi status lain di IGs, Vivy berkata dia dan suaminya turut sempat singgah ke pusat membeli belah untuk membeli hadiah tahun baharu buat anak-anak mereka.

Bagaimanapun, Vivy terkejut apabila ramai orang awam yang menegur mereka bertanya khabar, bahkan ada dalam kalangan mereka yang memeluk ibu anak tiga ini.

“Selepas selesai di mahkamah, kami pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli hadiah tahun baharu untuk anak-anak kami.

“Lama tak ke pusat membeli-belah, dan sangat terkejut hari ini apabila ramai orang menegur kami, memeluk dan bertanya khabar.

“Ada juga yang bertanya keadaan kami, malah ada seorang wanita berkata dia sentiasa mendoakan saya dalam solatnya. Kebaikan benar-benar ada di mana-mana,” ujarnya.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan pasport antarabangsa kepada Vivy dan Fadza untuk menunaikan ibadah Umrah.

Terdahulu, Vivy dan Fazda mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan pecah amanah dengan melakukan transaksi sebanyak RM8 juta di Bukit Damansara pada tahun 2018.

Artikel Berkaitan: Mahkamah Beri Kebenaran, Vivy Yusof & Suami Terima Pasport Sementara Tunai Umrah

Artikel Berkaitan: Vivy Yusof, Fadza Mengaku Tak Bersalah Kes Pecah Amanah RM8 Juta, Dilepaskan Dengan Jaminan RM100,000 Seorang & Diarah Serah Pasport

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Hiburan Wed, 20 Dec 2017

Status tak sindir sesiapa – Sharifah Sakinah

Hubungan baik dan keserasian yang dicapai antara dia dengan aktor itu bukan sekadar dalam drama semata-mata, malah juga di luar set penggambaran.

Hiburan Thu, 4 Apr 2019
Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Dakwaan Songlap Duit, Aliff Aziz Bakal Jelas Perkara Sebenar

Nak songlap duit RM1,500 adalah tidak masuk dek akal. Tak boleh beli kereta Kancil pun…

Hiburan Sat, 27 Jul 2019
Trending Sun, 10 Dec 2017

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

“Satu Tuduhan yang Tidak Benar, Dusta, Palsu dan Fitnah” McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

error: Content is protected !!