Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 2, 2025 @ 12:57pm

Terima Lambakan Mesej, Sweet Qismina Mohon Netizen Dapatkan Nasihat Doktor Jika Nak ‘Follow’ Liquid Diet – “Jangan Buat Pelik-Pelik Please”

Pelakon yang mula menuai sorotan menerusi lakonannya dalam filem Babah iaitu Sweet Qismina mengaku menerima lambakan mesej berupa pesanan menerusi mesej langsung di media sosial miliknya.

Menurut Sweet, ramai yang bertanyakan tentang liquid diet yang diamalkannya sehingga boleh kelihatan kurus dan hilang berat badan dalam masa 7 hari sahaja.

Bagaimanapun, Sweet menjelaskan, tindakan mengambil liquid diet ini bukan mudah, selain perlu berjumpa pakar diet, amalan liquid diet yang diamalkannya ini juga mempunyai kesan sampingan sehingga dia terpaksa menjaga kesihatan mentalnya.

“People has been asking me thru DM on sosial media trying to ask, susu apa yang saya minum masa saya berlakon dalam filem Babah? Betul, saya memang lakukan liquid diet dan betul juga saya turun berat badan dalam masa seminggu tapi, saya just nak inform satu benda before saya kuruskan badan, saya pergi jumpa doktor dietrician. Dimana mereka akan check saya punya kesihatan dan berat badan secara details to make sure badan saya sesuai untuk mengambil liquid diet.

“Nombor dua, bila jumpa pakar diet mereka sendiri akan maklumkan what kind of liquid diet atau apa sahaja benda sesuai atau tidak untuk diambil dan macam mana cara untuk saya amalkan benda tu dan semuanya ada dalam buku. Termasuklah apa sahaja benda yang saya boleh makan untuk control. In other words benda tu macam calorie deficit yang saya kena jaga.

“Lagipun, benda ni ada side effect nya, one of it my mental health kena jaga sebab saya craving for food tapi tak boleh nak ambil. Lagipun saya buat ni semua sebab kerja, sebab filem Babah,” ulasnya.

Sweet atau nama penuhnya, Farhanna Qismina Supandi, 27, berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu,  Sweet memohon maaf apabila tidak dapat berkongsi informasi lanjut mengenai diet yang diamalkannya itu termasuklah pengambilan susu yang disarankan doktor kepadanya.

Ini kerana, dia tidak mahu dirinya dipersalahkan kelak sekiranya perkara buruk berlaku dalam kalangan netizen.

“Dan pasal susu tu, itu adalah susu yang bukan anda boleh dapat atau minum sesuka hati. Sebab susu tu digunakan untuk orang yang tengah sakit minum ataupun makan melalui tiub. So, it is very risky and not everyone sesuai untuk minum tapi saya dapat minum sebab atas nasihat doktor okay.

“It is not for us yang sihat walafiat ni untuk minum, bukan. Jadi, ini bukan jalan yang betul untuk anda kurangkan berat badan, ada banyak lagi cara yang sesuai untuk anda hilangkan berat badan dalam cara yang lebih sihat.

“Bukan tak nak bagi anda kurus tapi cara tu tak sihat. Control pemakanan, excersice, buat apa yang patut untuk lose weight. Saya minta maaf. Saya tak mahu dipersalahkan nanti dan bila korang buat nanti ada side effectnya, saya kena saman. I don’t want to be blame,” tegasnya.

 

Sebelum ini, Sweet ketika ditemui media berkongsi bahawa dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (Kg) demi menjayakan watak sebagai seorang pesakit Sindrom Guillain-Barre dalam filem Babah sekaligus menepis dakwaan kononnya dia melakukan prosedur bariatrik atau potong usus.

ARTIKEL BERKAITAN:Amalkan ‘Liquid Diet’, Sweet Qismina Hilang 10 KG Dalam Masa Sebulan Demi Filem Babah

ARTIKEL BERKAITAN:Adam Lee & Sweet Qismina Syukur Impian Miliki Rumah Sendiri Tercapai, Pasang Niat Sebelum Kahwin Lagi 

ARTIKEL BERKAITAN:Adam Lee, Sweet Qismina Saling Mempercayai… Tidak Risau Diganggu Penyondol

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Takkan Terasa Sebab…” – Sweet Qismina Didakwa Sedang Berbadan Dua, Ini Respons Tuan Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN:Sweet Qismina Terima Kritikan Pedas Netizen, Reen Rahim ‘Back Up’ – “Kau Ingat Keluar Perut Terus Pandai Ke?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Pematah Hati Ada Sambungan?

Kalau selalu anda dengar lagu duet, mesti bertema cinta kan? Kali ini Nabila dan Hael bakal bawakan sedikit perubahan!

Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Fazura Buktikan Kepada Peminat Dia Mampu Menyanyi Secara LIVE!

Elmina Lakeside Konsert meriah dengan kehadiran Fazura dan Fattah

Events Mon, 29 Jul 2019

Pertama Kali Turun Jom Heboh, Ini Reaksi Ac Mizal!

Suasana Karnival Jom Heboh malam kelmarin bertambah riuh apabila Datuk AC Mizal membuat persembahan solo dan berduet bersama Masdo dengan lagu ‘Dinda’ di pentas utama karnival itu!

Hiburan Fri, 13 Mar 2026

“Kalau Ada Jodoh, Tiada Masalah” – Zarif Ghazzi Tak Tutup Pintu Hati Buat Bella Dowanna

Zarif mengakui buat masa ini dia tidak memikirkan soal jodoh, sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarga

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Farah Nabilah Kesian Pada Teman Lelaki?

Walau bagaimanapun. Farah tidak pernah berdendam dengan bekas kekasihnya kerana berada dalam kelompok rakan yang sama.

Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Sun, 7 Jul 2024

[VIDEO] Tindakan Spontan Datuk Red Cium Kepala Adira Suhaimi Buat Ramai Terkejut

Masih dalam iddah lagi kan? Datuk Red terlebih semangat tu

Trending Wed, 29 Apr 2020
error: Content is protected !!