Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 2, 2025 @ 4:20pm

Hantaran Di IG Cetus Tanda Tanya, Tyzo Xander Mengaku ‘Terdesak’ Nak Kahwin?

Penyampai radio sensasi, Tyzo Xander mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris, berkongsi sebuah hantaran berupa status dan kapsyen seolah-olah menggambarkan perasaannya pada ketika.

“Tahun depan kalau tak dapat ‘restu’ juga saya akan paksa ajak kahwin lari.

“Saya terdesak nak kahwin. Selamat tahun baru bakal makmun,” tulisnya ringkas.

Walaupun tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, namun rata-rata peminat dan pengikutnya meninggalkan pelbagai respons pada muat naik berkenaan.

Bahkan, ramai yang menganggap tindakan Tyzo itu sebagai gurauan memandangkan statusnya kini yang masih ‘single’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TYZO X XANDER (@tyzoxander)

 

Terdahulu, nama Tyzo mula menjadi perhatian apabila pernah terkait gosip cinta bersama Lydia  Rosli apabila mereka kelihatan kerap muncul bersama dalam beberapa majlis, termasuk Lydia juga sering berkongsi foto miliknya bersama Tyzo di akaun media sosial.

Namun, Tyzo memaklumkan kepada media bahawa dia sudah terbiasa hidup ‘membujang’ menyebabkan dia masih memerlukan masa berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 2 Sep 2018

Lofarbag Dengan Hanya RM259, Mesti Beli Ni!

Mencerminkan kejayaan Neelofa, Lofarbag dihadirkan dalam tiga karakter utama iaitu Cofidence, Graceful dan Fun.

Featured Sun, 24 Oct 2021

“Ini Bukan Gimik”- Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee yang mengikat tali pertunangan, petang tadi. Difahamkan, majlis berlangsung di sebuah premis persendirian di Ampang, dihadiri 20 tetamu dalam kalangan ahli keluarga […]

Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Jaga-Jaga Dengan Akaun Palsu Anuar Zain

Assalamualaikum dan hello semua. Pihak kami ingin memaklumkan bahawa akaun anuarzainprivatenetwork adalah akaun IG palsu.

familuv Sun, 12 Jun 2022

“Papa Tak Menangis, Tapi Ngilu…” – Putera Sulung Selamat Disunatkan, Mira Filzah Menangis

Alhamdullilah, putera sulung kepada Mira Filzah dan Wan Emir sudah selamat disunatkan.

Acara Thu, 30 Apr 2020

Telekung Siti Khadijah lancar sejadah SK X AMRU

Saiz mini tarik perhatian untuk dimiliki

Featured Mon, 12 Feb 2018

Tak Tahu Beza Kiri & Kanan, Aliff Syukri Kongsi Cabaran Hidap Disleksia

Siapa sangka, di sebalik kejayaan membina empayar perniagaan dan bergelar jutawan muda, rupanya pemilik nama Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman ini merupakan penghidap disleksia.

error: Content is protected !!