Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 2, 2025 @ 4:51pm

Buat Trend TikTok ‘In 2025, You Will…’, Ameera Khan Teruja Dijangka Bakal Kahwin, Siap Mention IG Jefri Nichol

Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan mencuri perhatian selepas dia membuat trend TikTok yang menggunakan filter ‘In 2025, You Will….”.

Menerusi video tersebut, Ameera mendapat keputusan yang didapati daripada jangkaan tersebut mengatakan bahawa dia akan berkahwin pada tahun 2025.

Meskipun hanya gurauan dan hiburan semata-mata, namun adik kepada selebriti Noor Neelofa ini kelihatan teruja apabila mendapat dua kali keputusan sama.

Malah, Ameera turut ‘mention’ jejaka yang dikatakan bercinta dengannya, iaitu Jefri Nichol dalam hantaran tersebut.

Sebelum ini, Ameera memaklumkan keluarganya ‘merestui’ hubungan yang terjalin bersama jejaka tampan Indonesia, Jefri Nichol.

Menerusi video siaran langsung, Ameera berkata ‘restu’ daripada ahli keluarga lebih utama daripada orang luar.

Sebelum ini, kemesraan dan keakraban antara Ameera dan Jefri meraih perhatian terutamanya selepas tular beberapa foto mereka di media sosial.

Nama Jefri hangat menjadi sebutan selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya.

Terdahulu, Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan itu dikatakan telah terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instgaram sekitar Oktober 2021.

Namun, mereka kembali digosipkan bercinta selepas Ameera menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu.

Malah, baru-baru ini tular sebuah foto mendakwa Ameera dan Jefri saling berpegangan tangan ketika bertemu di Jakarta.

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 May 2018

Sajat Banyak Drama Dalam…?

Dalam episod yang lepas, beliau bukan sahaja takut ketika berdepan dengan para wartawan tetapi, beliau juga mengakui bahawa dirinya itu sedikit blur tentang sidang media yang bakal berlangsung ini

Hiburan Sat, 20 Apr 2019

《声林之王 2》寻虎大会!422起展开大马网上招募

《声林之王 2》寻虎大会!网上招募马来西亚「声林猛兽」展开激烈「声存战」~

Featured Mon, 10 Jul 2023

Dituduh Tak Hormat Tempoh Iddah, Yusof Haslam Respons Penampilan Puteri Sarah : “Takkan Dia Perlu Selekeh?”

Pelakon, pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam memberitahu, dia tidak ada masalah dengan penampilan bekas menantunya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin apabila dia kelihatan semakin cantik. Menurutnya, adalah wajar untuk Puteri Sarah atau lebih […]

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Park Hae Jin Absent from Filming of Four Sons for 20 Days!

But it apparently isn’t really the actor’s fault…

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Akhirnya Isteri Pertama Amar Buka Cerita…

Dedah kisah sebenar di laman instagram…

Trending Mon, 31 May 2021

Dek Kerana Terlalu Penat, Dr Noor Hisham Rayu Rakyat Bantu Frontliners

Gaisss… tolong patuh SOP untuk 2 minggu ni je!

Hiburan Mon, 14 May 2018

Jadikan Bruno Mars Sebagai Idola, Syamel Ubah Haluan?

Syamel membuat keputusan tersebut selepas mendapat inspirasi dan timbulnya rasa kagum terhadap penyanyi antarabangsa  yang juga merupakan idolanya, Bruno Mars ketika menyaksikan konsert penyanyi itu di Axiata Arena pada 9 Mei lalu

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

#mentor7: ‘Rezeki Setakat Sini Saja’, Giliran Amal Ucap Selamat Tinggal

Abang Hafiz juga memaklumkan dia akan membantu kami (Amal dan Azmirul) dari segi publisiti. Semoga Amal terus sukses dalam karier nyanyian!

Hiburan Wed, 15 May 2024
Hiburan Fri, 20 Dec 2019
error: Content is protected !!