Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 3, 2025 @ 9:36pm

Erra Fazira Beri ‘Hint’ Dah Temui Teman Pengganti? Pengurus Mohon Tunggu Berita Gembira

Primadona Erra Fazira mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Erra atau nama penuhnya, Fazira Wan Chek, 50, seakan-akan memberikan ‘hint’ bahawa dia kini telahpun menemui teman pengganti apabila dia dilihat menitipkan ucapan ulang tahun istimewa beserta fotonya bersama individu lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, foto tersebut tidak mendedahkan wajah individu berkenaan.

“Selamat ulangtahun buat kamu yang mendamaikan. Moga Allah SWT perkenankan segala doa dan harapan yang terindah dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin,” tulisnya.

Sedar dengan spekulasi yang timbul, pengurusnya iaitu Sharenda Abd Razak tampil memberikan respons mengenai isu tersebut.

“Kemain masing-masing tanya saya. Saya ada rupa macam Intan Zabidin ke yang tahu segala hal personal primadona?

“Kita tunggu saja hari bahagianya nanti. Doa yang baik-baik,” katanya.

Bagaimanapun, memetik laporan mStar, individu yang dikenali sebagai Ezwan Zain turut membuat satu hantaran penghargaan selepas aktres tersebut menemaninya makan malam pada Khamis.

“Terima kasih for the dinner treat awak! Happy new year dan salam Rejab,” tulisnya pada kapsyen foto berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

“Aku Kacau T***r Kau Ke? Fara Mendoza Bengang Ditegur Berbikini

Walaupun Fara Mendoza tidak lah se-popular Fazura atau Neelofa, namun beliau berjaya menarik perhatian followers beliau dan juga mengundang kecaman netizen apabila baru-baru ini beliau dilihat memuat naik gambar percutiannya di Pulau Redang

Featured Fri, 29 May 2020
Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Gambar Pertama Lepas Bertunang, Sweetnya Elfira Loy!

Elfira telah memuatnaik sekeping foto mereka berdua di Festival Artbox Malaysia. Sweetnya!

Featured Sun, 17 May 2020
Acara Tue, 7 Sep 2021
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza & Izara Aishah Buat Trend Memek Muka Raih Perhatian – “Sedih Pun Lawa Masalahnya!”

Sudah lama tidak mengikuti trend di TikTok, penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul dengan memuat naik sebuah perkongsian sehingga berjaya meraih tumpuan ramai, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Siti sedang mengikuti trend dengan menggunakan […]

Hiburan Sat, 11 May 2024
Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Mon, 8 Jan 2024
error: Content is protected !!