Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 5, 2025 @ 6:21pm

Edry Abdul Halim Kesal Anak Autisme Kena Maki, Dihalau Seperti Anjing

Tidak berniat untuk memalukan mana-mana pihak, penerbit dan komposer terkemuka, Edry Abdul Halim menjelaskan tujuannya mendedahkan mengenai layanan kasar yang diterima anak ketiganya, Emery, 17, yang menghidap autisme, di sebuah restoran, baru-baru ini adalah sebagai pengajaran untuk masyarakat lebih peka.

Menurut Edry, 48, dia cuma ingin orang ramai memahami keadaan yang dihadapi oleh individu dalam kategori orang kurang upaya (OKU) serta memberikan layanan yang lebih baik kepada mereka.

“Sejujurnya, saya bukan bermaksud untuk menghukum atau memalukan sesiapa. Itu sebabnya saya tidak viralkan nama restoran yang berlaku kejadian tersebut. Saya cuma mahu masyarakat lebih memahami dan peka dengan situasi yang dilalui oleh anak istimewa ini.

“Melihat anak saya dimarahi dan dihalau seperti anjing hanya kerana dia ingin minum air, saya rasa kesal. Itu bukan cara yang sepatutnya diterima. Kalau mahu ambil minuman, bayar sahaja.

“Kenapa perlu panggil pengawal keselamatan seolah-olah kami sengaja ingin mencetuskan masalah? Saya terpaksa mengatakan anak saya ‘gila’ supaya mereka lebih faham situasi ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman khas Konsert GenKRU, pada Jumaat.

Edry juga mengungkapkan rasa geram dengan sikap tidak peka yang ditunjukkan oleh pihak restoran yang terletak di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur itu.

Menyentuh pengalaman luar negara, Edry membandingkan sikap masyarakat terhadap golongan OKU di luar negara berdasarkan pengalamannya.

“Kejadian itu berlaku ketika kami menaiki tram di Manchester. Emery ‘buat hal’ dan saya serta isteri terpaksa menarik tangannya sambil memintanya untuk menjaga kelakuan. Seorang lelaki berusia melihat kami. Pada awalnya, saya sangka dia akan marah Emery, namun sebaliknya dia memarahi kami kerana berkasar dengan anak OKU.

“Dia menasihatkan kami supaya tidak melayan anak OKU dengan kasar. Sebagai orang tua, kami sepatutnya lebih peka dan memahami keadaan ini. Dari situ, saya nampak jelas perbezaan antara masyarakat luar dan masyarakat Asia dalam penerimaan terhadap golongan OKU.

“Sebab itu kebanyakan orang Asia lebih suka ‘menyembunyikan’ anak-anak mereka di rumah daripada membawanya keluar, kerana bimbang dengan pandangan negatif masyarakat,” ujarnya.

Terdahulu, Edry berkongsi dalam sebuah video di Instagram, mengajak orang ramai untuk memberi ruang kepada golongan istimewa agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih normal.

Komposer terkenal ini menegaskan bahawa ada kalanya tindakan golongan ini berlaku di luar kawalan mereka tanpa menyedari bahawa tindakan mereka dianggap salah.

Dalam hantaran yang sama, anggota trio KRU ini menekankan bahawa golongan istimewa yang mempunyai kekurangan dalam keupayaan perlu dilayan dengan baik agar mereka dapat merasai kehidupan yang lebih normal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Feb 2023
Featured Fri, 26 Aug 2022

“Ini Bukan Sahaja Menghina Tetapi ‘Down Grade’ Agama! ” – Ustaz Abdullah Khairi Perjelas Hukum Malukan Agama Islam Demi…

Better dengar Sembang Viral ni, banyak info dan ilmu yang kita boleh belajar. Jangan Dengar benda laghaa je…💥💥💥

Featured Mon, 12 Sep 2022
Trending Thu, 4 Aug 2022

“Kami Bukan Nak Cekik Darah” – Che Ta Hairan Netizen Persoal Harga Produk Inainya

Che Ta hairan netizen persoalkan harga inainya yang sangat berpatutan.

Featured Fri, 8 May 2026

Individu Mengandung Anak Luar Nikah Tak Mampu Jaga Anak, Mona Allen Tampil Respons – “Saya Terima…”

Mona Allen tampil memberikan respons menyentuh hati ramai apabila menawarkan diri untuk menerima seorang bayi yang bakal dilahirkan seorang individu yang mengaku sedang hamil anak luar nikah.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019
Hiburan Mon, 6 Jan 2025
Drama Mon, 7 Apr 2025

Marsha Milan Bawa Kesedihan Puteri Balqis Dalam Drama Keluarga Itu Menerusi ‘Tangisan Seorang Pendosa’

Dengar lagu ni pun dah rasa full of emotion. Geram ek watak Iman ni!

Featured Sat, 14 Feb 2026

“Jangan Sesekali Sakitkan Dia, Jangan Sesekali Nayakan Dia” – Bodyguard Fazura Titip Pesanan Pada Que Haidar?

Que kelihatan mengucapkan syukur di atas kolaborasi yang diberikan bagaimanapun, respons yang ditinggalkan oleh pengawal peribadi selebriti popular, Nur Fazura itu menyorot perhatian ramai.

error: Content is protected !!