Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 8, 2025 @ 5:53pm

CSOIAM: Cikgu Sarah Ismail Ramal Kai Deva, Rezza & Zazzleen Mungkin Berdepan Cabaran Besar Pada Minggu Keempat

Minggu ketiga Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menyaksikan cabaran besar buat para peserta apabila mereka diberi tugasan lagu yang jauh daripada forte mereka.

Guru vokal CSOIAM, Sarah Ismail dengan lantang menyatakan: “Mereka ini kebanyakan adalah penyanyi ballad yang hebat, tetapi kali ini diberikan lagu catchy dan fast yang langsung bukan kekuatan mereka.”

Malah, beberapa peserta berdepan dengan lagu yang mereka sendiri tidak familiar. Walaupun Sarah nampak usaha mereka, guru vokal itu terus terang mengaku, “Sejujurnya, saya tak happy, walaupun rehearsal nampak sempurna, live konsert mendedahkan kelemahan mereka.”

Sebagai guru vokal yang mengangkat peserta ini dari sesi uji bakat, Sarah meminta semua pihak jangan meletakkan ekspektasi yang terlalu tinggi terhadap peserta-peserta ini, “Orang ingat penyanyi yang bagus ini diberikan lagu apapun boleh sampaikan dengan sempurna, tapi tidak.

“Mereka bukan sahaja perlu berlatih menyanyi, namun mereka juga harus melengkapkan keseluruhan persembahan termasuklah menari. Mereka ini masih baharu dalam bidang ini jadi saya harus mendidik sebaik mungkin.”

Minggu ini juga menyaksikan drama yang mengejutkan apabila Sarah menegur Rezza Shah dengan tegas.

“Masa Top 20, kita fight untuk awak, tapi bila dah masuk, gaya macam tak nak,” katanya.

Isu disiplin menjadi punca Sarah memarahi Rezza yang datang lambat, tidak hadir sesi warming up dan tidak membawa keperluan kelas.

Namun, selepas teguran keras itu, Rezza menunjukkan peningkatan drastik.

“Kadang-kadang saya kena buat begitu untuk buka mata mereka. Disiplin adalah nombor satu kalau nak bergelar One in a Million,” tegasnya.

Sarah turut menghargai komen-komen yang diberikan daripada juri profesional yang membuka perspektif baharu untuk beliau mendidik peserta-peserta CSOIAM.

“Ada komen juri yang saya tak sentuh semasa rehearsal dan itu membuka perspektif baharu untuk saya. Mariam dan Marygrace peserta paling konsisten tanpa kekangan teknikal, seperti yang disebut oleh Datuk Yusry. Malah, Mariam digelar ‘intellectual singer’ oleh Ernie kerana sentiasa membawa sesuatu yang baru dalam setiap persembahan,” katanya.

Sarah tidak menafikan tugasan minggu keempat bakal menjadi mimpi ngeri buat peserta.

“Tema minggu hadapan adalah Sinergi Muzik iaitu lagu gabungan ini bukan mudah. Lagu-lagu ini kena berkawan, kena jadi harmoni.

“Tugasan ini memerlukan peserta memahami struktur lagu dengan mendalam agar dapat mencipta persembahan yang bermakna” jelasnya.

Sarah juga ada menyebut beberapa nama yang mungkin berdepan berdepan cabaran besar untuk mengekalkan keserasian lagu-lagu gabungan mereka dan antaranya adalah Kai Deva, Rezza dan Zazzleen.

Minggu hadapan, cabaran baharu! Persaingan diteruskan dengan baki 8 peserta yang akan berentap mengikut tema “Sinergi Muzik”, menjanjikan hiburan yang penuh tak terhingga. Siapakah yang mampu menonjol dan mara ke pusingan seterusnya?

Saksikan aksi hebat dari Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, dan Eylia Guntabid! Undi peserta kegemaran anda, kerana 40% undian berada di tangan anda, manakala 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2024
Featured Mon, 14 Jun 2021

“Selalu Tanya Abang Ahmad..”- Fedtri Yahya Dedah Kesungguhan Pelajar Raih A+ Subjek Tasawwur Islam Dalam SPM

Kisah seorang remaja berbangsa India, V Easwaran yang memperolehi keputusan cemerlang dalam subjek Tasawwur Islam  ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tempoh hari mendapat perhatian ramai. Menurut  V. Easwaran yang ditemui di sidang media secara […]

Trending Tue, 3 Dec 2019

Here’s How Rihanna Went From Nearly Bankrupt To The World’s Richest Female Musician

Just like the opening line of Rihanna’s 2016 dance hall anthem, sometimes you just have to “work, work, work, work, work”.

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Kenapa Filem Winnie The Pooh ‘Haram’ Di China?

Beruang penggemar madu itu juga dilaporkan menjadi ‘bahan’ oleh pihak pembangkang dan digunakan sebagai simbol penentangan. Atas sebab itu, kerajaan di Beijing juga menapis imej dalam talian Winnie the Pooh.

Hiburan Sun, 31 Mar 2024
Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Trending Mon, 15 Jan 2018

非一般便条纸 让你变成生活的艺术家

虽然说创作纸雕艺术品需要极高创意及一双巧手,但日本近日有公司推出一款纸雕模型便条纸(Memo纸),顾客不需刻意组装或做任何劳作,只要慢慢撕下、用光了便条纸,纸雕作品就会现形。

Featured Mon, 18 Mar 2024
Featured Mon, 13 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Debaran Makin Memuncak! Siapa Bakal Rebut Tempat Dalam TOP 5?

Kini, hanya lima peserta terbaik bakal mara ke pusingan akhir XTRA XSTAR 2025.

error: Content is protected !!