Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 27, 2022 @ 2:58pm

RM12.2 Juta Dalam Masa 4 Hari! Mat Kilau Terus Catat Kutipan Tertinggi, Atasi Filem Top Gun Maverick & Jurassic World

Belum pun genap seminggu pembukaannya di pawagam seluruh negara, namun filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof ini masih mendominasi carta filem terlaris setakat ini.

Dengan jumlah kutipan sebanyak RM12.2 juta dalam tempoh empat hari sahaja, filem Melayu ini sekaligus meninggalkan filem Jurassic World dan Top Gun Maverick lakonan Tom Cruise dibelakang.

Menurut Syamsul, kutipan yang diperolehi setakat ini sangat luar biasa dan menyifatkan ia adalah kebangkitan dan sokongan penonton bukan sahaja di Malaysia tetapi di Singapura dan Brunei.

“Jadi ini satu usaha bersama bukan saja saya sebagai pengarah, pelakon, pasukan dan penerbit, tapi juga disokong kuat oleh penonton Malaysia sendiri. Jadi kita sama-sama harus berbangga dengan kejayaan ini dengan kutipan pada saya luar biasa.

“Jadi kalau mengikut komen dan buah mulut orang, insya-Allah kutipan filem ini akan terus bertambah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

 

Sementara itu, Syamsul juga tidak menafikan penangan watak Mat Kilau dan ‘demam’ pahlawan juga kini sedang melanda negara.

Ini dapat dilihat apabila ada segelintir penonton yang hadir ke pawagam tampil memakai tanjak malah, ada yang lengkap dengan persalinan pahlawan mereka.

@anaknya_muda Tawau ni bos! sebelum nonton mat kilau buat persembahan silat dulu 😎 #matkilau #tawau #easterncineplex ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

 

Tidak hanya dalam kalangan peminat, filem Mat Kilau turut mendapat pujian penggiat filem tanah air seperti Datuk Afdlin Shauki.

Filem terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As’ari dan ramai lagi.

 

Sumber : Instagram, Facebook, Tik Tok, Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jan 2023

Sissy Imann Minta Maaf Pada Naim Daniel, Mohon Beri Sedikit Masa – “Saya Tak Sekuat Awak, Otak Saya Kosong…”

Alahai, sebak pula min 😢 Come back stronger, Sissy! 💪🏻💪🏻💪🏻

Featured Sat, 7 Jan 2023

Selar Luah Perasaan Di Media Sosial, Rozita Che Wan Pesan Lebih Baik Kalau…

Pelakon jelita, Rozita Che Wan menyelar tindakan golongan masa kini yang kerap meluahkan rasa tidak puas hati di sosial media. @jesnita_armanda Replying to @Rini Lee #rozitachewan tuju kat #neelofa ke?🥲 #fazura #neelofa #rcw ♬ Usai […]

Featured Thu, 4 Mar 2021
Hiburan Thu, 24 Jul 2025
Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Sebak! Fazley Realisasi Impian Arwah Bapa

Tak sabarnya kami nak tunggu November! Kami doakan segala urusan Datuk Fazley dan isteri dipermudahkan Allah SWT.

Trending Wed, 23 May 2018

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图,#5女生车子里真的都这样啊!

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Aktor Glee Ditemui Mati Gantung Diri

Kematian Mark Salling memeranjatkan dimana pelakon ini ditemui mati dengan menggantung diri, awal pagi semalam.

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Berdebar Tapi…’- Elfira Loy Takut Nak Ke Hospital?

Elfira banyak menghabiskan masa berehat di rumah dan tidak menerima sebarang tawaran berlakon buat masa ini.

error: Content is protected !!