Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 10, 2025 @ 5:00pm

[VIDEO] “Dia Orang Yang Sangat Baik” – Terbuka Berkenalan Dengan Duda, Amira Othman Mengaku Berkawan Dengan Fattah Amin

“Fattah Amin orang yang sangat baik,” demikian respons penyanyi dan pelakon, Amira Othman ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sedang menyulam cinta bersama aktor tersebut.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Fattah hanya sekadar rakan kerja.

“Fattah adalah rakan kerja, kami berjumpa atas dasar kerja dan sebagainya. Mana yang baik, kita aminkan.

“Nak komen mengenai hubungan memang tiada, kami hanya berkawan. Berjumpa di konsert Datuk Siti Nurhaliza, memang tiada apa yang boleh dikomen. Cumanya, Fattah orang yang sangat baik,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal sama ada Amira tidak kisah bercinta dengan lelaki berstatus duda, pelantun lagu Hati Hati ini menjelaskan perkara tersebut tidak dijadikan sebagai pengukur untuk mencari calon suami.

“Sejujurnya, saya tidak terfikir tentang status asalkan bukan suami orang. Wanita ni kadang kala nak bujang dan sebagainya.

“Saya percaya saja siapa jodoh saya. Takut nak cakap lebih-lebih, tetapi kalau boleh suami orang itu tak nak.

“Kalau status lain seperti bujang. duda dan sebagainya tidak menjadi masalah kepada saya juga tidak menjadi ukuran kerana kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita.

“Asalkan dia orang yang baik, tenang dan sabar Insya-Allah okay,” katanya.

Menyedari namanya menjadi bualan ramai di media sosial, Amira bagaimanapun berharap agar kontroversi tersebut tidak memudaratkan nama baiknya serta keluarga.

“Saya tak sangka sampai tahap ini orang nak bercakap, saya tengok balik zaman dulu-dulu orang tak ada kontroversi. Jadi kali ini mungkin terpalit sikit.

“Nak komen lebih-lebih pun tak boleh. Saya harap kontroversi ini tidak memudaratkan nama saya. Saya kena jaga banyak hati juga,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, nama Amira hangat menjadi sebutan selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor sensasi, Fattah Amin.

Dakwaan tersebut muncul selepas video ‘recap’ 2024 Amira yang dikongsikan di Instagram miliknya menjadi perhatian ramai yang tertumpu kepada minit sosok seorang lelaki tinggi memakai topi dan cermin mata hitam.

Ramai netizen mula tertanya-tanya siapakah identiti lelaki tersebut namun ada juga segelintir pihak yang membuat spekulasi mendakwa jejaka itu adalah Fattah.

Artikel Berkaitan: Video ‘Recap’ 2024 Raih Tumpuan, Kapsyen ‘Hati Hati’ Jadi Tanda Tanya… Netizen ‘Approve’ Fattah Amin & Amira Othman? 

Artikel Berkaitan: Individu Soal Tak Takut ‘Expired’ Ke Lambat Kahwin… Didakwa Terlalu Memilih, Ini Respons Amira Othman

Artikel Berkaitan: “Kalau Ada Bakat Menyanyi, Berlakon Pun Bagus” – Fattah Amin Cari Live Host, Netizen Berpakat Petik Nama Amira Othman

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya ‘Bila Nak Kahwin’… Netizen Dakwa Gosip Cinta Fattah Amin & Amira Othman Sekadar ‘Marketing’

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Mar 2024
Trending Thu, 25 Feb 2021

Media Prima Catat Keuntungan Untuk Dua Suku Tahunan Berturut-Turut

Media Prima Berhad hari ini mengumumkan kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM18.1 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2020. Memperbaiki kerugian selepas cukai berjumlah RM106.3 juta yang dicatatkan pada suku keempat perbandingan, […]

Featured Wed, 8 Dec 2021

Pihak Pengurusan Tak Mahu Fat Amy Turunkan Berat Badan

Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Fat Amy, Rebel Wilson, 41, memberitahu pihak pengurusan tidak begitu menyokong keputusannya untuk mengurangkan berat badan. Rebel mendedahkan perkara terbabit menerusi satu sesi temu duga di BBC Breakfast, baru-baru […]

Hiburan Mon, 20 May 2019

Instagram Catat Enam Juta Pengikut, Tahniah Zizan!

Selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa, kini giliran Zizan pula!

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

Fazley Yaakob Naik Pelamin Lagi?

Hasrat untuk bersanding kali kedua dengan isterinya Azrene Soraya bakal dikotakan pada November depan.

error: Content is protected !!