Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 11, 2025 @ 11:40am

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Utama, Netizen Label Nad Zainal Berwajah Awam – “Lawa Atau Tak, Setiap Orang Ada Rezeki Masing-Masing”

Pelakon vesatile Nad Zainal tidak mengambil pusing terhadap respons segelintir netizen yang mendakwa dia tidak sesuai diberikan peranan utama dek kerana memiliki wajah awam.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek di laman sosial miliknya, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 34, berkata,  wajah ‘awam’ yang dimilikinya itulah menjadi punca dia ditawarkan pelbagai watak.

“Bila orang kata sebagai heroin kau tak cukup lawa untuk slot yang akan ditayangkan setiap pukul 7 malam.

“Tapi disebabkan muka kau muka awam.. kau selalu dapat watak kampung, watak cacat, watak psiko.

“So, nak happy ke nak sedih? Rezeki masing-masing,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Namun, Nad bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila masih ada pihak yang menghargai bakat lakonannya sehingga kini.

“Betul, baru saya perasan. Kita semua ada peranan masing-masing. Lawa atau tidak, setiap orang ada rezeki atau tempat masing-masing ok? Sentiasa bersyukur,”katanya.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun ditonton lebih 100,000 sejak ia dimuat naik pada Jumaat.

@nad.zainaleh betullah.. baru perasan… semua kita ada peranan masing masing lawa atau tidak.. semua ada rezeki atau tempat tersendiri ok? sentiasa bersyukur 🫰🏻♬ Round and Round Mingle Song Squid Game 2 – Chico Guerra

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 May 2022
Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Mon, 13 Oct 2025

“Amira Othman Isteri Syurga, Sentiasa Minta Izin & Tanya Pendapat Saya” – Fattah Amin

Amira Othman selalu minta izin, Fattah Amin sifatkan isteri syurga

familuv Mon, 4 May 2020

Kasih sayang Cristiano Ronaldo terhadap ibunya buat peminat terharu

Luah penghargaan buat ibu dan isteri sempena sambutan Hari Ibu

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Luqman Hafidz Buat Debut Sebagai Pengarah, Angkat Sisi Spiritual Dalam Filem Seram Keramat Gunung Jerai

Luqman Hafidz melakar satu lagi pencapaian dalam karier seni apabila buat pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai pengarah menerusi filem psikologi seram, Keramat Gunung Jerai.

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

“I’d Rather Wear Clothes I’m Comfortable in…” – Dato’ Siti Fends Off Haters

You can keep your judgement to yourself because Dato’ Siti don’t give a sh*t.

Cahaya Mata Tue, 11 Oct 2022
error: Content is protected !!