Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 15, 2025 @ 7:34pm

Pendidikan Tak Kenal Batas Usia, Penerbit Filem Datuk Haris Embong Sambung PhD Di UUM

Percaya pendidikan tidak mengenal batas usia, penerbit, pengarah dan pelakon, Datuk Haris Embong, 47 membulatkan nekad untuk menyambung pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Baru-baru ini, Haris yang juga seorang usahawan produk sejuk beku mengumumkan keputusannya untuk menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia, Pusat Pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA).

Menjadi satu langkah yang mencerminkan aspirasi peribadi dan memberi inspirasi kepada industri seni tanah air, keputusan ini bukan sahaja memperkukuh komitmen Haris terhadap seni tetapi juga membuka jalan untuk membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa melalui gabungan pendidikan dan kreativiti.

Haris berkata, dalam dunia seni, bakat dan kreativiti sering menjadi fokus utama.

Namun, pendidikan adalah elemen pelengkap yang memperluaskan perspektif serta mempertingkatkan daya saing artis.

Bagi Haris, pengajian di peringkat PhD bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi satu langkah strategik untuk membawa industri kreatif dan seni Malaysia ke tahap lebih tinggi serta mengubah persepsi kebanyakan orang yang menyatakan anak seni hanya sekadar anak seni, tanpa ilmu yang boleh dibanggakan.

Haris juga ingin buktikan anak seni perlu berilmu dan memartabatkan diri dengan ilmu sekali gus hapuskan stereotaip lapuk.

“Saya kecewa apabila ramai selebriti muda menolak pendidikan. Perlu diingat, tidak selamanya kita akan menjadi selebriti.

“Hidup ini seperti roda, ada kala di atas, ada kala di bawah. Sekurang-kurangnya dengan ilmu, apabila diri tidak lagi menjadi bualan di mulut peminat, boleh menceburkan diri dalam kerjaya lain.

“Justeru itu, walaupun sudah di usia ini, saya tetap mencari ilmu. Bukan sekadar ilmu seni tetapi juga mengenai pengurusan, pemasaran dan penjenamaan,” katanya.

Haris berkata, ramai yang masih tidak faham kenapa anak seni perlu pendidikan tinggi?

Haris berkata, yang pertama, pendidikan tinggi memberi kredibiliti kepada artis sebagai duta seni dan budaya Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Artis yang berpendidikan tinggi sering diberi peluang untuk menyertai persidangan, festival, dan pameran seni global. Ini membuka ruang untuk Malaysia dikenali sebagai hub seni bertaraf dunia.

“Pendidikan membantu artis memahami trend global dan teknologi terkini, menghasilkan karya seni yang mampu menyaingi produksi antarabangsa.

“Dengan lebih ramai artis berpendidikan tinggi, Malaysia dapat menunjukkan kepada dunia bahawa seni di negara ini bukan sekadar hiburan tetapi satu bentuk intelektualisme yang dihormati,” katanya.

Haris menyatakan, jangan pernah terlupa impak pendidikan kepada industri seni Malaysia.

Haris berkata, pendidikan membolehkan artis menghasilkan karya yang memenuhi citarasa antarabangsa sambil mengekalkan elemen budaya tempatan. Filem dan drama Malaysia berpotensi untuk bersaing di platform seperti Festival Filem Cannes atau Oscars.

Artis yang berpendidikan tinggi juga katanya dapat menarik minat pelabur antarabangsa melalui karya seni yang berkualiti dan berdaya saing selain latar belakang akademik yang kukuh dapat berfungsi sebagai wakil negara dalam forum dan persidangan seni global, memperkenalkan budaya Malaysia kepada dunia.

“Pendidikan tinggi dalam seni dapat melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berbakat tetapi juga berpengetahuan luas. Mereka ini mampu memperkasakan seni Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada naratif global,” katanya.

Langkah Haris untuk menyambung pengajian di peringkat PhD adalah manifestasi keyakinan bahawa pendidikan dan seni adalah pasangan ideal untuk membawa perubahan. Pendidikan bukan sahaja memperkasakan artis dari segi intelektual, tetapi juga menjadi alat untuk meningkatkan standard industri seni Malaysia ke tahap global.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Nov 2020
Trending Sat, 13 Jun 2020

Solat Jumaat Ditangguhkan Kepada 19 Jun- JHEAINS

Baca betul betul dekat negeri mana..

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

“Kalau Keluar Dari Rumah Ini, Hidup Akan Merana Sebab Dunia Luar Terlalu Keras” – Aliff Syukri Tegur Anak-Anak Jangan Leka Dengan Kemewahan

Aliff menjelaskan dia sengaja tidak mahu membiasakan anak-anak dengan kehidupan terlalu mewah kerana mahu mereka lebih bersedia

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

HADIAH KAHWIN RM 1 JUTA?

Siapa yang tidak gembira apabila diberikan hadiah perkahwinan bernilai RM1 Juta kan? Kalau nak tahu, itu adalah hadiah perkahwinan buat Adib Khalid dan pelakon cantik, manis berdarah Pakistan, Izara Aishah. Wow! Seronok lah kan?

Featured Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Ernie Zakri Buka ‘Surat Hati’ Buat 600 Peminat.. Showcase Paling Intim & Sarat Emosi!

Acara eksklusif ‘A Letter From Ernie Zakri’ yang berlangsung di Stage 1, PJPAC, Sabtu lalu anjuran SAH Entertainment bersama Universal Music Malaysia benar-benar menghadirkan suasana penuh magis. Lebih 600 peminat membanjiri dewan untuk meraikan perjalanan […]

error: Content is protected !!