Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 17, 2025 @ 3:07am

Bongkar Rahsia Hati, Elliza Razak Kembali Dengan Single Urai

Penyanyi dan pelakon Elliza Razak kini hadir dengan single terbaharunya yang berjudul Urai.

Lagu balada ini merupakan kerjasama pertamanya bersama Alternate Records dan menampilkan sentuhan tiga komposer terkenal iaitu Iqie Hugh, Omar K, dan Shazriq Azeman.

Urai pasti akan mencuri hati peminat dengan melodi yang menyentuh perasaan dan lirik puitis yang penuh makna!

Elliza yang memulakan perjalanan seni sejak menyertai sebuah program realiti pada tahun 2005, terus berkembang sebagai seorang artis versatil. Selain dikenali sebagai penyanyi, beliau turut mencipta nama dalam dunia lakonan, pentas teater, dan sebagai pelakon suara untuk rancangan Disney, drama Korea, kartun, serta drama radio.

Kini, dengan Urai, Elliza kembali menghangatkan industri seni hiburan dan membuktikan kehebatannya dalam menyampaikan emosi mendalam melalui muzik.

Urai mengisahkan perjalanan cinta yang berakhir secara tak terduga, membawa tema kehilangan dan perjuangan menerima kenyataan pahit.

“Lagu ini membawa emosi yang kuat tentang perasaan sedih, kecewa, dan akhirnya keinginan untuk melepaskan diri daripada belenggu kesakitan cinta yang telah berakhir.

“Liriknya sangat puitis, dengan penggunaan metafora seperti ‘daun cinta’ dan ‘bunga cinta’ untuk menggambarkan perjalanan emosi dan realiti pahit sebuah hubungan yang terlerai.

“Saya percaya ramai dapat merasakan hubungannya dengan pengalaman mereka sendiri. Dengarkan dan rasai kejujuran dalam setiap bait lagu ini,” kata Elliza.

Menurut Elliza, cabaran terbesar dalam menghasilkan Urai adalah dengan menyampaikan emosi mendalam tanpa kehilangan keaslian suaranya.

“Lagu ini benar-benar menguji vokal saya. Ia membawa elemen unik dengan penyusunan melodi yang berbeza daripada single-single saya sebelum ini yang lebih kepada genre catchy.

“Lagu ini memerlukan saya untuk benar-benar mendalami lirik dan melodi supaya mesej dapat sampai kepada pendengar,” katanya.

Kerjasama bersama Iqie Hugh, Omar K, dan Shazriq Azeman merupakan pengalaman bermakna bagi Elliza.

“Saya merupakan penggemar berat Omar K sejak lama dan sangat mengagumi karya Iqie Hugh serta pengalaman Syazriq dalam industri muzik. Mereka sangat profesional dan memahami visi saya untuk lagu ini,” katanya.

Iqie Hugh turut memuji dedikasi Elliza sepanjang proses rakaman.

“Elliza Razak seorang artis yang berbakat, karismatik, dan sangat profesional. Suara lunaknya memberikan dimensi istimewa kepada Urai. Lagu inicwajib didengar kerana melodi dan mesejnya mampu membangkitkan emosi pendengar,” katanya.

Dengan Urai, Elliza meneroka dimensi baharu dalam seni muziknya, menyeimbangkan gaya khasnya dengan elemen segar yang pasti akan memukau pendengar lama dan baharu. Lagu ini juga dipilih sebagai runut bunyi (OST) untuk drama Akasia Akad Yang Terlindung, yang bakal bersiaran mulai 14 Januari 2025 di TV3.

Rasai kejujuran dan emosi yang dibawakan oleh Elliza Razak. Jangan ketinggalan untuk mendengarkan URAI yang kini boleh didengar melalui iTunes atau aplikasi penstriman seperti Spotify dan YouTube Music.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Oct 2025
Featured Tue, 23 May 2023
Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Events Sat, 26 Nov 2022

SFMM37: Wani Kayrie & Ahmad Syafiq Akan Terus Pikul Tugas Penyanyi Gantian Jika Bolos Ke AJL

Pasangan duet, Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq mahu terus memikul tugas sebagai penyanyi gantian sekiranya lagu ini mempunyai rezeki untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37). Wani dan Syafiq membawakan lagu Berakhirlah Pencarianku […]

Trending Mon, 8 Apr 2019
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Ani Mayuni Sebak, Anak Ditampar Dan Disepak

Diharap Kak Ani sentiasa tabah dengan dugaan yang menimpa

Trending Wed, 8 Aug 2018

「动漫英雄人物」日常都在做什么?摄影师以镜头偷窥

动漫英雄人物日常都在做什么?摄影师以镜头「偷窥」揭发他们惊人的另一面!

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Kerjaya Makin Lancar Lepas Bertudung, Fouziah Gous Mohon Netizen Doakan Sesuatu?

Ibu kepada Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusof ini meminta agar para peminat mendoakan agar dia terus istiqamah.

Featured Mon, 25 Mar 2024
error: Content is protected !!