Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 17, 2025 @ 3:13am

Jalin Kolaborasi Dengan Malaysian Philharmonic Orchestra, Slam Bakal Gegarkan DFP

Kumpulan muzik popular era 90-an, Slam akan melakar sejarah cemerlang dengan sebuah kolaborasi bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) pada Sabtu, 22 Februari 2025 jam 8.00 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur City Centre.

Jika ada sebuah kumpulan tempatan yang telah mencuri hati dan minda peminat dengan lagu-lagu melankoli tahun 90-an, kumpulan itu ialah Slam yang telah mengungguli banyak carta lagu.

Ditubuhkan pada tahun 1993, kumpulan yang dianggotai pemain gitar Shah, pemain bass Lili, pemain keyboard Eddie, pemain dram Man dan vokalis Zamani meledak popular setelah mengeluarkan album kedua Kesan Terbukti pada tahun 1995 yang mengandungi lagu-lagu hits seperti Gerimis Mengundang, Tak Mungkin Berpaling, Kembali Terjalin dan Nur Kasih.

Album itu mencatat jualan 300,000 unit di Malaysia dan Singapura, dan melebihi dua juta unit di Indonesia.

Sepanjang karier, kumpulan ini telah menggondol banyak anugerah di majlis muzik berprestij seperti Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Musik Indonesia, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Voice Of Asia di Kazakhstan.

Selepas lebih 30 tahun kelahiran album perdana Slam, MPO akan memberikan interpretasi yang segar untuk lagu-lagu hits kumpulan ini dan membawa legasi muzik tempatan ke tahap yang lebih tinggi melalui gubahan yang indah. Nikmati versi orkestral untuk lagu-lagu malar segar seperti Mentari Muncul Lagi, Manisnya Rindu, Kembali Terjalin, Rindiani, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya dan banyak lagi.

Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini akan menyerlahkan versatiliti MPO dalam mempersembahkan muzik pop tempatan selain dari genre muzik klasikal Barat.

Slam akan menyertai senarai artis tersohor yang pernah berkolaborasi bersama MPO, antaranya Datuk M Nasir, Dato Sheila Majid, Dato Aishah, Dayang Nurfaizah, Ella, Aina Abdul dan komposer Aubrey Suwito.

Ini merupakan konsert Slam yang kedua di DFP setelah kejayaan konsert solo pada Mei tahun lepas. Konsert yang bertemakan Slam Bersama MPO kali ini adalah bukti keunggulan muzik Slam dan sebagai sebuah band yang berkaliber.

Untuk informasi mengenai konsert ini serta pembelian tiket, layari www.mpo.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Hiburan Sat, 14 May 2022
Featured Wed, 6 Oct 2021

Sambut Birthday Setahun, Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Anak Fazura Rantai Berlian

Anak kepada pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya menerima hadiah berupa seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini. Hadiah bersempena ulang tahun pertama […]

Events Mon, 25 Nov 2019

Peminat Marah Mira Filzah?

Serius lah peminat marah artis?

Hiburan Thu, 23 Mar 2023
Trending Tue, 24 May 2022
Hiburan Sun, 4 May 2025
Hiburan Sun, 4 May 2025

Idea Live Arena Bakal Jadi Pemacu Baharu Industri Hiburan Negara

Idea Live Arena menjadi arena konsert dan acara tertutup terbesar dalam pusat beli-belah di Malaysia.

Trending Mon, 7 Jan 2019

宫崎骏迷有福了!吉卜力工作室2022开设新主题公园

宫崎骏迷有福了 !吉卜力工作室决定在长久手市的爱与地球博纪念公园内,开设新的主题公园。

error: Content is protected !!