Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 19, 2023 @ 8:37pm

Tiket Sudah Terjual Lebih 50%, Kangen Band Ajak Peminat Galau Bersama Di ‘Konsert Kangen Pada Kenangan’ 2 September Ini Di KL!

Band Indonesia yang popular dengan lagu galau, Kangen Band kembali lagi ke Malaysia untuk membawakan sesuatu yang cukup istimewa dan eksklusif buat seluruh peminat setia mereka.

Kumpulan yang dianggotai oleh Andika (Vokal); Dodhy (gitar); Tama (gitar); Bebe (bass); dan Izzy (keyboard) itu bakal menjayakan Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan di Zepp Kuala Lumpur pada 2 September 2023.

Penganjur, Purosangue Entertainment berkata, pihaknya gembira dan bersyukur kerana buat julung kali berjaya membawa Kangen Band kembali ke Malaysia bagi mengadakan persembahan berskala besar.

“Saya rasa bersyukur kerana berjaya tarik Kangen Band datang ke Malaysia buat kali pertama yang mana sebelum ni saya tengok di media sosial, ramai yang minta untuk Kangen Band datang ke Malaysia untuk buat konsert.

“Suka juga untuk saya kongsikan yang mana bersempena sidang media Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan hari ini, kita akan menjual ‘early bird’ tiket, yang mana kita akan jual pada harga RM200 sehingga 30 Jun ini. Pembelian tiket ni boleh dibeli di website kami.

“Saya berharap apa yang kita rancang berjalan dengan lancar dan seterusnya mengubat kerinduan peminat Kangen Band di sini yang ingin menyaksikan persembahan daripada mereka,” katanya.

Sementara itu, mewakili Kangen Band, Andika berkata, mereka sudah tidak sabar untuk beraksi di depan peminat di Malaysia.

“Saya mewakili Kangen Band berasa senang kerana dapat datang ke sini lagi untuk menghiburkan peminat. Walaupun sebelum ini pernah membuat persembahan di sini sebagai penyanyi jemputan, kali ini cukup berbeza.

“Kangen Band muncul pada sebuah konsert khas buat semua. Jadi, jangan lupa untuk beli tiket kami dan sama-sama hadir di Zepp Kuala Lumpur pada 2 September ini. Kami difahamkan, setakat ini, tiket sudah terjual 50 peratus,” katanya.

Antara lagu popular yang bakal dinyanyikan Kangen Band adalah Terbang Bersamaku; Takkan Terganti; Kembali Pulang; Tentang Aku Kau Dan Dia; Kehilangan Berat Bagiku; Cinta Sampai Mati; Cinta Sampai Mati 2 dan banyak lagi.

Pada ini, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi jemputan iaitu Andra Bagindas.

Tiket untuk menyaksikan Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan dijual pada harga RM4800 (VIP Box); RM355 (Diamond); RM305 (Platinum); dan RM255 (Gold). Pembelian awal atau ‘early bird’ pula RM200 bermula 15 hingga 30 Jun ini. Pembelian boleh dibuat menerusi laman web www.purosangue.live

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Tular Harga Jam Mewah RM4 Juta… Fazura Kongsi Foto OOTD, Tapi Jenama Beg Dikaburkan 

Simple je ootd Faz, tapi terpegun min tengok beg tangan aktres jelita ni 😚😚 Ramai kata jenama Hermes tuu 🤩🤩

Featured Tue, 4 Mar 2025

Fattah Amin Sayu Sambut Ramadan Secara Solo – “Memang Berbeza, Tapi Saya Kena Kuat”

“Kena sentiasa bermuhasabah, dan terbuka dengan takdir,”- Fattah Amin

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Syed Saddiq Berdebat Dengan Pemenang Piala Perdana Menteri Pagi Ini

Generasi muda mereka ini dilihat sebagai teraju utama dalam menjadikan Malaysia lebih baik.

Hiburan Mon, 10 Jul 2023

“Bukan Waktunya Lagi Untuk Berlumba Dengan Penyanyi Muda” – Siti Nurhaliza

Bukan masa Siti nak bersaing dengan penyanyi muda sekarang!

error: Content is protected !!