Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 17, 2025 @ 1:36pm

Mengaku Multimillionaire, Opai Yakin Tak Akan Jumpa Wanita Mampu ‘Lawan’ Pendapatannya  – “Perempuan Gaji Cecah 7 Angka Tak Wujud”

Suami selebriti, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih mesra dikenali sebagai Opai menerima kritikan segelintir pihak selepas mengakui tidak akan berjumpa dengan wanita yang lebih ‘kaya’ daripadanya.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Opai disoal sekiranya dia akan ‘dating’ dengan wanita yang berpendapatan lebih daripadanya, namun kenyataannya itu dikritik seolah-olah bongkak.

Malah, Opai juga berpendirian tetap dan yakin bahawa tidak wujud wanita yang mampu meraih pendapatan sehingga tujuh angka.

“Saya seorang jutawan dan memiliki tiga buah supercars. Mungkin iya saya akan dating dengan wanita itu, tetapi saya tak tahu sama ada saya akan berjumpa dengan wanita yang boleh lawan pendapatan saya.

“Saya yakin tidak akan berjumpa dengan wanita seperti itu yang mampu memperoleh pendapat bersih mencecah tujuh angka.

“Tetapi kalau gaji saya 3,000 atau 2,000. saya mungkin akan berjumpa dengan mana-mana wanita sebab saya tak ada masalah untuk berbual dengan mereka.

“Adakah saya akan bercinta dengan wanita yang berpendapatan lebih tinggi daripada saya? Saya rasa wanita seperti itu tak wujud,” katanya.

@averagemalaysians

Would a Malaysian Millionaire date higher earning women?💰👀 🎤: @suraj_ruud #millionaire #datingup #salary #streetinterviews #malaysia

♬ suara asli – 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 ™ – 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 ™

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Opai, serta meminta pempengaruh ini berhati-hati dalam tutur kata.

Sebelum ini, Opai pernah mengakui dia sudah lama meinggalkan aktiviti pelaburan forex yang dianggap perkara b*doh.

Artikel Berkaitan: Anggap Perkara B*doh, Suami Fatin Afeefa Dah Setahun Tinggalkan Dunia Forex? – “Elok Je Boleh Hidup”

Artikel Berkaitan: Tak Goyang Kaki, Opai Sibuk Urus Pelbagai Bisnes… Fatin Afeefa Bangga Suami Dah Setahun Tinggalkan Dunia Forex

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 13 Nov 2022
Hiburan Thu, 17 May 2018

“Menulis Bukan-Bukan Dan Tanpa Usul Periksa” Anuar Zain Kata Netizen Kurang Ajar!

Anuar Zain yang juga merupakan adik kepada Ziana Zain ini tampil memberikan kenyataan bahawa netizen seharusnya tidak menulis sesuatu perkara negatif dan membuat spekulasi terhadap isu berkaitan situasi rumah tangga kakaknya

Featured Tue, 9 May 2023
Hiburan Wed, 5 Nov 2025

“Buli Tak Cool Brother!” – Alif Satar Tegas Kecam Perbuatan Buli

Alif Satar secara terbuka mengaku sangat membenci tindakan buli.

Filem Tue, 25 Oct 2022
Featured Wed, 25 May 2022
Featured Thu, 6 Jul 2023
error: Content is protected !!