Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 18, 2025 @ 6:26pm

CSOIAM: Rezza Shah Bakal Kembali? Apa Kejutan Besar Untuk Episod 5 Minggu Ini?

Semestinya masih segar dalam ingatan, momen Rezza Shah tersingkir di episod keempat CSOIAM, bersama Alya Mardien. Persembahan terakhir mereka mendapat kritikan pedas daripada juri ternama, Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain sehingga viral di media sosial.

Malah, ramai juga yang bersetuju bahawa perjalanan Alya Mardien di pentas CSOIAM berakhir dengan cara yang tidak dijangka.

Namun, dengar-dengar nama Rezza Shah kembali disebut-sebut untuk episod kelima nanti. Apa sebenarnya yang berlaku? Penonton pasti tertanya-tanya, apakah ini sekadar khabar angin atau benar-benar satu kejutan yang bakal mencuri perhatian?

Juga timbul spekulasi bahawa mungkin Rezza Shah diberikan peluang wildcard buat kali yang kedua? Atau mungkinkah ada undian rahsia daripada pihak produksi untuk membawa kembali peserta kegemaran ramai ini ke pertandingan?

CSOIAM sememangnya terkenal dengan elemen kejutan yang selalu membuat penonton tak sabar menunggu setiap minggu. Jadi, adakah episod kali ini menyimpan satu kejutan besar yang bakal membuat penonton terpaku?

Jangan lupa untuk menonton episod kelima CSOIAM minggu ini, dan sama-sama nantikan apakah betul spekulasi tentang Rezza Shah ini bakal terjadi di episod kelima ini. Mungkinkah sesuatu yang luar biasa akan berlaku? Nantikan semua ini di CSOIAM!

Minggu kelima CSOIAM bakal mempersembahkan tema “Evolusi AJL”, di mana para peserta akan menyampaikan lagu-lagu ikonik dari pentas AJL.

Kini hanya enam peserta yang tinggal iaitu Marygrace, Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Mariam, dan Kai Deva.

Cabaran kini semakin sengit! Siapakah yang mampu menonjol dan mara ke pusingan seterusnya?

Undian penonton amat penting, kerana 40 peratus keputusan ditentukan oleh anda, sementara 60% lagi di tangan juri profesional.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan hebat daripada peserta Top 6 CSOIAM dan kejutan yang bakal menghangatkan lagi episod kelima Calpis Soda One In A Million, semua ini hanya di TV3. Pastikan anda terus mengundi peserta kegemaran anda untuk meraih hadiah bernilai RM 1 Juta!

Teruskan menonton Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 19 Nov 2018

Check out These Music Events Happening in December All Around Malaysia

It’ll be a fun way to end 2018 with live music, some drinks and lots of friends.

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Justin Bieber Umum Mahu Rehat Dari Karier Tapi…

Mungkin dah terlalu penat, Bieber perlukan masa untuk buat comeback. Yang pasti, ramai yang tertunggu-tunggi lagu baharu Bieber.

Featured Mon, 27 Nov 2023

Salah Lirik Nyanyi Lagu Dawai, Ernie Zakri Buat Permohonan Maaf – “Saya Mengaku Salah, Memang Salah!”

Alahai, tapi sure korang pun tak perasan kan sebab Ernie nyanyi sedap sangat!

Trending Thu, 9 May 2024
Events Fri, 1 Nov 2019
Events Wed, 10 Jul 2019

Tun Mahathir Sambut Hari Jadi Ke 94, Apa Komen Selebriti…

Semoga Tun M terus sihat, Amin! Happy Birthday Tun Mahathir…

Events Fri, 12 Oct 2018
Kes Mahkamah Fri, 15 Dec 2023

Perbicaraan Disambung Semula, Hakim Arahkan Kes Amang Seksual PU Azman Dibuat Secara Tertutup

Hakim mengarahkan semua yang tidak terlibat dengan kes terbabit untuk keluar selepas saksi ke-11 dipanggil bagi memberi keterangan.

error: Content is protected !!