Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 19, 2025 @ 5:13am

“Video Tak Berhijab Rakaman Lama, Nabil Tak Sengaja Kongsi” – Zira Ayub

Isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad, Zira Ayub menafikan tuduhan dirinya tidak lagi berhijab ketika berada di luar negara.

Menurut Zira, video yang mencetuskan spekulasi itu sebenarnya merupakan rakaman lama yang dimuat naik secara tidak sengaja.

Jelas Zira, insiden tersebut berlaku gara-gara Nabil kurang mahir menggunakan media sosial dan telah tersilap memuat naik visual tersebut ke Instagram Story.

“Insiden ini sebenarnya tidak disengajakan oleh Nabil. Saya yang menguruskan akaun Instagram, tetapi kami sedang melihat semula koleksi gambar lama dari percutian ke London tahun sebelum ini untuk mengenang kembali kenangan.

“Tanpa sedar, Nabil memuat naik rakaman ketika saya belum berhijab. Sebaik sahaja menyedari kesilapan itu, saya segera memadamnya. Tidak sangka pula perkara ini menjadi isu besar,” katanya.

Terdahulu, kontroversi mula tercetus sekitar November lalu apabila Zira dilihat tidak mengenakan tudung dalam sebuah rakaman, sebaliknya hanya memakai topi hitam sambil menikmati minuman ketika bercuti di London.

Apabila ditanya mengapa tidak memberikan penjelasan di media sosial, Zira memilih untuk tidak melakukannya bagi mengelakkan isu berlarutan.

“Saya tidak mahu menjelaskan perkara ini secara terbuka kerana bimbang orang akan mereka cerita lain. Apa yang penting, video itu merupakan rakaman lama,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nabil turut tampil memberikan penjelasan, mengakui kesilapan tersebut berpunca daripada dirinya.

“Saya jarang menguruskan akaun Instagram kerana Zira yang biasa mengendalikannya. Malangnya, saya tersilap memuat naik visual lama itu tanpa sengaja.

“Saya tidak marah dengan komen netizen kerana mereka tidak tahu perkara sebenar. Waktu itu kami sedang bercuti, jadi saya tidak mahu perkara ini mengganggu percutian kami.

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini, terutamanya untuk mengelakkan anak-anak kami terkena tempias kontroversi seperti ini,” katanya kepada XTRA.

Nabil dan Zira ditemui di sidang media majlis pengumuman Duta Jakel 2025 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Dalam majlis itu, Nabil, Zira dan tiga anak mereka, Naira Mikayla, 13, Layla Medyna, 10, dan Mishall Imani, 6, diumum sebagai duta Jakel bagi memperhebat kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

Selain Nabil sekeluarga, selebriti lain yang diumum sebagai duta adalah Senario, Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna Nasir seisi keluarga, Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Aug 2024

Azfar Heri Nafi ‘Mencapap’ Rakan Artis – “Saya Ada Nama Sendiri”

Rezeki Azfar dikelilingi orang-orang yang sekepala. Bukan sebab menumpang populariti okay!😎💅

Featured Fri, 17 Mar 2023

Elak Diri Pergi Tempat Berisiko, Anna Jobling Guna Khidmat Pegawai Peribadi?

Zaman sekarang ni memang kena xtra careful lebih-lebih lagi public figure

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

全马首创「天降大财神」派红包贺票房大卖!

配合贺岁电影《大财神》即将上映,电影公司让大财神「从天而降」让大众直接从他手中接过红包,寓意来年继续兴旺发,提早向大家拜年!

Featured Fri, 10 Mar 2023
Events Thu, 26 Sep 2024

Tampil Memukau! Bernadya Berjaya Bikin Lebih 900 Peminat ‘Healing’

Tiap bait litik lagu tu memangggg 🔥🔥🔥

Hiburan Sun, 7 Jan 2018

EXO AND WANNA ONE PROTECT OTHER IDOL GROUPS FROM GETTING HURT

After SEVENTEEN’s Jeonghan fell through the hole, EXO and WANNA ONE members protect other KPOP idols from getting hurt.

error: Content is protected !!