Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi January 20, 2025 @ 8:04pm

Kesal Suami Diperlakukan Seperti Haiwan, Isteri Lelaki OKU Mental Dipu*ul Tak Akan Maafkan Pelaku

Isteri kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental, Ahmad Nor Ai Faizan Jusoh, iaitu Faridah Abdul Karim, 44, mengakui tidak akan memaafkan beberapa individu yang tiada belas kasihan memukul suaminya di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Jumaat lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Faridah yang merupakan seorang suri rumah menegaskan pihaknya tidak akan menarik balik kes dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis.

“Kami (keluarga) tidak akan maafkan pelaku yang memukul suami, walaupun ada individu telefon untuk berjumpa dan berdamai.

“Setakat ini, kita belum bersedia untuk berjumpa dan menyelesaikan kes itu tanpa proses undang-undang,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Faridah menganggap perbuatan yang dilakukan oleh peniaga dan pengunjung pasar tani sangat melampau, meskipun suaminya tidak henti memohon keampunan.

“Setakat ini, kita tidak tergamak untuk melihat video insiden suami dipukul seperti yang ditularkan melalui pelbagai laman sosial.

“Jika kita tengok, timbul perasaan marah dan sedih apabila melihat suami diperlakukan seperti haiwan, termasuk ditarik,” ujarnya.

Sementara itu, Faridah berkata keadaan suaminya semakin stabil dan ahli keluarga juga sudah dibenarkan untuk melawat di pusat psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis menerima laporan mengenai insiden seorang lelaki dipukul di hadapan orang ramai di pasar tersebut sekitar jam 9.30 pagi.

Menurut pihak polis, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila mangsa, yang menunggang motosikal, memasuki tapak jualan pasar tani dan terlanggar sebuah gerai jualan, menyebabkan barangan di gerai tersebut jatuh.

Insiden mangsa dipukul mendapat perhatian ramai selepas rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan: Rakan Dedah Sisi Sebenar Mangsa OKU Mental Insiden Puk*l Pasar Tani – “Dia Bukan Orang Tak Pandai…”

Sumber: Harian Metro

Kredit foto: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Apr 2026

“Kalau Saya Memang Ambil Wudhu Sebelum Make Up, Masuk Waktu Terus Solat” – Sissy Imann

Sissy Imann tampil memberikan respons susulan topik hangat membabitkan isu sama ada golongan artis menunaikan solat meskipun mengenakan solekan tebal.

Featured Fri, 3 Dec 2021

“Penat Bila Dapat Guest Macam Ini” – Tetamu Langgar Syarat Tempahan & Buat ‘Homestay’ Bersepah

Selepas kerajaan membenarkan rentas negeri, pasti ramai yang sudah mula rindu untuk pergi bercuti. Malah, kita juga boleh lihat tempahan homestay juga hampir penuh setiap hujung minggu. Namun, dalam keterujaan itu ada juga beberapa individu […]

Featured Sat, 12 Jul 2025
Trending Thu, 5 Mar 2020

[TERKINI] Sebenarnya Betul Ke Hand Sanitizer Boleh Bunuh Virus COVID-19?

Disebabkan wabak Covid-19, orang pertikaikan sama ada betulkah hand sanitizer pilihan terbaik untuk mencegah dan membunuh virus tersebut?

Hiburan Sun, 23 Nov 2025

Syamel Cipta Sejarah Baharu Dalam Fanmeet Intim ‘PERTAMA’

Acara eksklusif ini menjadi detik baharu yang mengukuhkan hubungan antara Syamel dan para peminat yang sentiasa menjadi nadi perjalanan seninya.

error: Content is protected !!