Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 21, 2025 @ 12:15pm

Tak Berani Beri Komen, Chacha Terkejut Dakwaan Emma Maembong Sudah Berkahwin Dengan DJ

Pelakon Chacha Maembong terkejut selepas tular khabar angin mengatakan kakaknya yang juga pelakon, Emma Maembong sudah berkahwin baru.

Malah, ada yang mendakwa aktres itu telah mendirikan rumah tangga bersama seorang deejay kelab malam.

Kekal mengunci mulut Chacha bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut memandangkan dia sendiri tidak tahu mengenai kesahihan perkara itu.

“Saya memang tidak tahu tentang gosip itu dan daripada mana spekulasi ini boleh timbul. Saya tak berani nak beri sebarang komen.

“Sebab saya tak pernah dengar tentang perkara itu, lebih baik saya tidak cakap apa-apa, nanti lain pula jadinya,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan Emma telah berkahwin dengan seorang deejay bernama DJ Kidd selepas perceraiannya dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar.

Dakwaan juga timbul mengatakan pasangan itu telah bercuti bersama di luar negara, berdasarkan beberapa gambar yang tersebar di media sosial.

Emma dan Shazli sebelum ini tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian mereka, namun akhirnya mengumumkan perpisahan mereka pada 7 Oktober tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga” – Emma Maembong Masih Baik Dengan Bekas Suami

ARTIKEL BERKAITAN:“Bercerai Tak Semestinya Perlu Bermusuh”- Emma Maembong Mohon Netizen Jangan Cetus Spekulasi Demi Kesihatan Mental Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga 4 Tahun Terlerai, Emma Maembong Sah Bercerai… Selesai Jalani Tempoh Idah

ARTIKEL BERKAITAN:Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Tue, 5 Aug 2025

Gosip Cinta Kembali Panas… DJ Kidd, Emma Maembong Dipuji Sepadan

Emma Maembong, DJ Kidd kembali curi perhatian ramai selepas hadir ke AMT2025

Events Thu, 7 Mar 2019
Trending Fri, 17 Jul 2020
Events Mon, 24 Sep 2018

SEVENTEEN’s Concert in Malaysia Was…Amazing?

Here’s an avid concert-goer’s review of everything that went down last night.

Featured Wed, 1 Aug 2018

13 Foto Ini Menunjukkan Sejauh Mana Wanita Sanggup Pergi Untuk Nampak Perfect

Pelik betul produk-produk yang digunakan! Tak tahulah efektif atau tidak.

Trending Fri, 10 Jul 2020

Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini

Tulisan Jawi penting untuk generasi sekarang!

Featured Thu, 12 Jan 2023

Aisyah Hijanah Sebak Kongsi Detik Terakhir Pemergiaan Kuda Peliharaan – “Kita Jumpa Lagi Anna…”

Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah menceritakan detik-detik terakhir kuda peliharaannya, Anna pergi meninggalkannya. Menurut Aisyah, selepas sahaja dia dan suaminya, Alif Teega menamatkan siaran langsung di TikTok dan sudah ingin masuk tidur, groomer menghubungi mereka […]

#TriviaXTRA Mon, 19 Jun 2023
error: Content is protected !!