Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 5, 2025 @ 6:17pm

Gosip Cinta Kembali Panas… DJ Kidd, Emma Maembong Dipuji Sepadan

Pelakon jelita, Emma Maembong sekali lagi mencuri tumpuan apabila hadir ke sebuah acara Anugerah Melodi Terhangat (AMT2025) ditemani oleh seorang deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) milik DJ Kidd, dia memuat naik beberapa foto bersama Emma ketika di menghadiri acara itu.

DJ Kidd memakai baju blazer berona merah jambu yang dipandankan dengan seluar hitam, manakala Emma pula kelihatan manis dan anggun menyarung busana gaun hijau terang bersama korset merah jambu.

“I love pink,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Emma dan DJ Kidd kelihatan sepadan bersama sekali gus mendoakan mereka berjodoh.

Terdahulu, hubungan Emma dan DJ Kidd mula menjadi bualan ramai pihak selepas tular dakwaan mereka dikatakan telah berkahwin.

Bukan itu sahaja, gosip mengenai kisah cinta mereka menjadi isu hangat selepas tular beberapa foto mereka dipercayai sedang bercuti bersama.

Namun begitu, Emma ketika ditemui media pernah menjelaskan tiada sebarang hubungan istimewa antara mereka.

Susulan itu, pada Oktober lalu Emma mengesahkan rumah tangganya bersama bekas suami, Muhammad Shazli Azhar telah bercerai selepas lima tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki Shariq Gabriel, lima tahun, dan Shakil Aryan Shah, dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Oct 2019

Gabungan Lil J, Allan D, MK Dalam ‘IMSO’

Menarik tentang lagu ini, pembikinan video muzik dilakukan di Sabah!

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Trending Mon, 29 Oct 2018

600 Kakitangan Terima Hadiah Berupa Kereta Pemberian Bos Pemurah Sempena Deepavali

Savji sememangnya terkenal dengan sifat pemurah dan gemar memberi hadiah mahal kepada pekerjanya.

Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Featured Wed, 4 Feb 2026

Video Hadir Photoshoot Tular, Netizen Spekulasi Nampak ‘Baby Bump’ Amira Othman – “Kali Ni Dah Tak Boleh Sorok”

Penyanyi Amira Othman sekali lagi menyorot perhatian warganet selepas video hadir ke sesi penggambaran bagi sebuah produk hijab tular.

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

These 15 Dogs are the Luckiest Animals on Earth because They Belong to Celebrities

These dogs get treated with so much care. They get to be hugged, kissed and loved by these celebrities too!

Events Fri, 20 Jul 2018

#daiTV3 Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 Kini Bermula!

Jangan lupa saksikan program Dai’ Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 di TV3 sekarang!

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Wed, 16 Jul 2025
error: Content is protected !!