Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 30, 2019 @ 3:20pm

Lagi Kes Netizen ‘Over’…Giliran Haneesya Hanee Buat Laporan Polis!

Gara-gara terus menerima kritikan daripada netizen yang ‘biadap’, ibu kepada pemenang Artis Baharu Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32, Haneesya Hanee, Nor Sakuraneeda tampil membuat laporan polis.

Kes buli siber ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa selepas pelakon dan model itu berterusan dipanggil ‘hitam’ di media sosial.

“Saya sudah selesai membuat laporan polis. Selama ini anda bercakap pasal gelap dan pergi kelab tetapi saya reda sebab hakikatnya dia memang gelap dan buat benda salah biarpun video itu bukan pada hari kejadian.

“Anda sangat keterlaluan,” ujar ibu Haneesya di dalam sebuah rakaman video.

Sementara itu, Sakuraneeda berharap pihak tertentu terutama warganet agar tidak berterusan menggunakan gambar anaknya sebagai bahan jenaka.

Salah seorang netizen dilaporkan telah menghina fizikal Haneesya dengan membuat persamaan kulit wanita ini dengan bubble tea.

Malah, pengguna terbabit dikatakan menghina Haneesya dengan mengaitkan tempat tinggalnya di kawasan perumahan flat dan PPRT.

“Ini apa ni, nak hina orang? Pernah tak dia hina kalian, buat salah dengan kalian?

“Ya, dia memperjuangkan individu berkulit gelap sebab saya yang suruh. Ramai yang melalui situasi sama. Salahkah kami perjuangkan apa yang perlu supaya anda berhenti lakukannya?” tambahnya.

Haneesya dah penat bercakap so now let my mother talk.
Yall can mess with me but not with this lady’s daughter.
So to @akustikajalanan n @JefriiMY you hv 2 weeks from now to do a public apology if not my mom is taking this to the court. pic.twitter.com/0TcrG7LStw

— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) September 29, 2019

Pihaknya dan Haneesya meminta agar pengguna akaun berkenaan membuat permohonan maaf dalam tempoh dua minggu sebelum mengheret ke mahkamah.

Terdahulu, Haneesya pernah membuat kenyataan tidak mahu lagi dikaitkan dengan berita sensasi sebaliknya mahu fokus kepada kerjaya seni.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Jul 2023
Featured Thu, 29 Aug 2024

Pertama Kali Tunai Umrah Sebagai Ibu, Mira Filzah Dukung Anak Sambil Tawaf 7 Kali -“Completed Our Umrah, Alhamdulillah!”

Alhamdulillah, moga dipermudahkan dan moga kita semua juga dijemput ke sana❤️

Featured Mon, 1 Dec 2025

Anzalna Nasir Syukur Suami Izin Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa – “Dia Mampu Sediakan Semuanya”

Anzalna syukur suami mampu sediakan keperluan dan memberi keizinan untuknay menjadi suri rumah sepenuh masa.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Fathia Latiff Tiada Niat Runtuhkan Rumah Tangga, Dedah Kekasih Hati Lebih Kacak Dari Aiman Hakim Ridza!

Fathia sound netizen terlalu backup Zahirah Macwilson, siap dakwa selebriti jelita itu ada bagi ‘duit’ 💆🏻‍♀️

Hiburan Thu, 20 Jun 2024
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Frust Bercinta…Ara Johari ‘Racun’ Hati Sendiri?

Kerana terlalu mencintai pasangan yang telah pergi…

Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Featured Wed, 12 Feb 2025
error: Content is protected !!