Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 21, 2025 @ 5:29am

Sibuk Buat Persiapan Bisnes Menjelang Ramadan, Ben Ali Nafi Rumah Tangga Dengan Nadiyah Shahab Bergolak

Pelakon dan usahawan Ben Ali, 35, menepis spekulasi yang mendakwa perkahwinannya dengan isteri, pelakon Nadiyah Shahab sedang mengalami masalah.

Menurut Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, hubungan mereka masih harmoni dan mereka kini sibuk membuat persiapan untuk projek khas sempena musim perayaan, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya.

“Tiada isu pun. Saya dan Nadiyah baik-baik saja. Malah kami berdua akan muncul dalam sidang media bersempena dengan acara yang kami akan kendalikan tidak lama lagi.

“Saya tiada pula dengar desas-desus perkara yang tak baik dalam rumah tangga kami. Tapi biasalah, dalam melayari bahtera rumah tangga sudah pasti akan ada pasang surutnya.

“Jadi saya pun tidak nafikan mengenai perkara itu. Selagi kita boleh selesaikan berdua, kita akan cuba untuk selesaikan dengan cara yang terbaik.

“Rumah tangga kami pun sudah memasuki tahun yang ketujuh, sudah tentulah ia tidak berjalan sempurna sepanjang masa. Itu sahajalah.

“Memang tiada (isu pergolakan). Doakan yang baik-baik sahaja. Itulah yang kita minta daripada semua,” katanya kepada XTRA.

Ben membuat kenyataan tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem Soloz: Game of Life* di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, malam tadi.

Ketika ditanya mengenai khabar angin yang timbul, Ben menyatakan bahawa dia tidak terkejut memandangkan isu rumah tangga artis sering menjadi perhatian, lebih-lebih lagi selepas banyak kes perceraian selebriti pada tahun lalu.

“Saya tidak terkejut pun bila isu ini timbul sebab mungkin tahun lepas ada banyak berita mengenai pasangan selebriti yang berpisah menjadi bualan.

“Kami pun tidak terlepas daripada dikaitkan. Kami masih suami isteri yang sah, tinggal sebumbung,” tambahnya.

Ben dan Nadiyah mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 dalam sebuah majlis yang berlangsung di The Ballroom at East Coast, Singapura. Namun, pasangan ini masih menanti rezeki untuk menimang cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Nov 2025

Babah Bawa Tuah! Qi Razali, Sweet Qismina Dinobat Pelakon Terbaik FFM 34

Selayaknya Qi Razali & Sweet Qismina menang FFM 34!

Drama Tue, 3 Mar 2026

Kerana Cinta Itu Dusta

Kerana Cinta Itu Dusta merupakan drama bersiri Melayu 2026 yang disiarkan di TV3 menerusi slot Samarinda. Drama ini mengangkat tema pengkhianatan perkahwinan, konflik sahabat baik dan tekanan media sosial dalam dunia influencer moden.

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Siti Nurhaliza Bukan Pilih Kasih!

Memilih Khai Bahar sebagai rakan duet kerana merasakan suara penyanyi lagu Bayang itu paling bersesuaian untuk menyanyikan lagu berentak zikir. 

Trending Wed, 17 Mar 2021
Featured Fri, 16 Dec 2022
error: Content is protected !!