Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 22, 2025 @ 4:45pm

Didakwa Sudah Berkahwin, Kakak Tampil Perjelas Status Emma Maembong – “Biasalah Fasa Kenal Dengan Orang Baru”

Tiada angin, tiada ribut, dakwaan yang mengatakan pelakon jelita, Emma Maembong sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang deejay di sebuah kelab malam seperti yang tular sejak Selasa ternyata mengejutkan ramai pihak.

Justeru, tidak mahu spekulasi tersebut terus diperkatakan, kakaknya yang juga isteri kepada penyanyi Cat Farish iaitu, Shikin Maembong tampil memberikan respons mengenai status adiknya itu.

“Biasalah fasa perkenalan dengan orang baru tetapi tidak ada perancangan untuk berkahwin,” katanya.

Mengulas lanjut, Shikin memaklumkan dia juga terkejut ketika dimaklumkan mengenai perkara tersebut, namun percaya adiknya itu tidak akan membelakangkan keluarga apatah lagi soal memilih teman hidup.

“Berita pernikahan Emma ini memang buat saya terkejut sebab kalau ada sebarang perancangan yang dibuat terutamanya perkahwinan tentu kami adik-beradik akan dimaklumkan terlebih dahulu.

“Lagipun, kami adik-beradik memang sangat rapat. Dengan siapa pun mereka berkawan kami akan kongsi bersama.

“Dan, apa yang saya boleh katakan adalah, berita perkahwinan ini adalah tidak benar,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

 

Terdahulu, dakwaan yang mengatakan Emma telah berkahwin dengan seorang deejay bernama DJ Kidd selepas perceraiannya dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar mula menjadi topik perbualan hangat baru-baru ini.

Bahkan, ada pihak mengatakan pasangan tersebut telah bercuti bersama ke luar negara berdasarkan beberapa foto yang tersebar di media sosial.

Sekadar info, Emma dan Shazli sebelum ini mengambil keputusan untuk berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Enggan berkongsi punca perceraian, Emma bagaimanapun menepis dakwaan kononnya keputusan itu diambil kerana wujudnya oang ketiga dalam perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Berani Beri Komen, Chacha Terkejut Dakwaan Emma Maembong Sudah Berkahwin Dengan DJ

ARTIKEL BERKAITAN:Emma Maembong Terjerat Dalam Rumah Tangga Toksik?

ARTIKEL BERKAITAN:“Bercerai Tak Semestinya Perlu Bermusuh”- Emma Maembong Mohon Netizen Jangan Cetus Spekulasi Demi Kesihatan Mental Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga 4 Tahun Terlerai, Emma Maembong Sah Bercerai… Selesai Jalani Tempoh Idah

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Feb 2026
Featured Mon, 9 Jan 2023

“Sebab Curang Ini Pilihan Bukan Paksaan” – Dr Fadzilah Kamsah

Hm betul apa pesan Dr Fadzilah Kamsah ni kan!

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Selepas Lagu Cinta Kita 2, Ahmad Adly Tampil Dengan Nota Hasratku

Finalis program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2), Ahmad Adly kini tampil dengan single terbaru berjudul Nota Hasratku. Mengorak langkah tampil dengan lagu ciptaannya sendiri bersama komposer Nuriman, Adly mengakui LCK2 memperkenalkan namanya kepada peminat seni […]

Drama Thu, 15 Dec 2022
Trending Wed, 20 Jan 2021

Selangor Umum Pakej Khas Bantu Rakyat, Fokus Kepada B40, Warga Emas Dan Mahasiswa

Pakej Kita Selangor pastinya memberi banyak kebaikan buat rakyat!

Events Sun, 3 Mar 2019

李幸倪终于回马开唱!星途艰辛爸爸很自责

李幸倪终于回马开唱!出道10年星途艰辛,让爸爸很自责是否给女儿选错了路~

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Ask Me Question? Jawapan Fynn Jamal Betul-Betul Mengejutkan

Nak tahu Fynn jawab apa? Bacalah artikel ni okay!

Featured Thu, 12 Jun 2025
Featured Tue, 23 Aug 2022

Scammer Kejam! Wanita Kongsi Modus Operandi Wang RM163,000 Lesap Dalam Tempoh 1 Hari Babitkan 4 Buah Bank

Allahuakbar! Moga Allah gantikan rezeki yang berlipat kali ganda buat akak sekeluarga.

error: Content is protected !!