Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 22, 2025 @ 3:34pm

Hati Puteri Sarah Diulit Bahagia? Ini Respons Empunya Badan 

“Walau siapapun jodoh saya, doakan yang terbaik,” demikian kenyataan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana yang terbuka sekiranya ditakdirkan dia menemui kebahagiaan baharu.

Ketika ditemui XTRA, Puteri Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, menyedari namanya menjadi sebutan ramai yang didakwa bakal berkahwin pada tahun ini susulan dibanjiri dengan ucapan ‘selamat pengantin baru’, baru-baru ini.

Namun begitu, Puteri Sarah meminta agar orang ramai terus mendoakan yang terbaik untuk jodohnya.

Sementara itu, meskipun ramai yang suka melihat Puteri Sarah bersama aktor tampan Indonesia, Andy Arsyil, aktres drama rantaian Polis Peronda ini bagaimanapun menegaskan hubungan mereka tidak lebih sekadar rakan niaga.

“Andy adalah rakan bisnes saya, kami dah buat bisnes bersama selama dua tahun,” katanya ringkas.

Sarah berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi bagi drama sempena Ramadan Raya TV3 yang berlangsung di Bandar Utama, pada Selasa.

Mengulas lebih lanjut, bekas isteri pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof ini mengakui dia tidak pernah membincangkan soal perkahwinan terhadap anak-anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

Menurut Puteri Sarah, anak-anaknya dikelilingi dengan persekitaran dan dorongan yang positif daripada ramai pihak, termasuklah ibu dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

“Saya tak pernah tanya anak-anak hal ini (berkahwin) sebab mereka pun masih tak tahu apa yang terjadi. Saya pun tak pernah bercakap atau menceritakan kepada mereka apa sebenarnya yang berlaku.’

“Mungkin sebab anak-anak saya ada sokongan yang banyak daripada nenek, datuk serta datuk dan datin. Mereka juga ada saudara mara, rakan-rakan jadi sampai sekarang mereka masih bahagia dengan hidup mereka. Mereka tak merasai benda tu,” katanya.

Susulan daripada konflik rumah tangganya, Puteri Sarah mempercayai bahawa persekitaran positif amat penting terutamanya apabila membabitkan kesihatan mental anak-anak.

“Mungkin kalau anak-anak yang ada depresi atau merasa kehilangan, baru mereka akan bertanya. Sebab itu lah penting untuk ada persekitaran yang positif untuk anak-anak.

“Itulah pentingnya seorang ibu itu untuk bahagia dulu, contoh kalau saya pun bersedih, menangis dengan apa yang berlaku, mesti anak-anak pun merasai benda tu,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah bakal muncul dalam sebuah drama bergandingan bersama Datuk Adi Putra, Amyra Rosli dan Josiah Hogan.

Bercerita lebih lanjut, ibu anak dua ini berkata dia bakal membawa watak seorang wanita yang antagonis.

“Ini kali kedua saya bawa watak sebagai antagonis, saya suka sebab sebelum ni asyik dapat wanita baik saja. Saya rasa bebas, boleh buat apa saja yang saya suka. Saya sudah bersedia untuk dikecam juga,” katanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Terkejut Netizen Banjiri Ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’… Tepis Gosip Liar Sudah Berkahwin Semula – “Macam-Macam Hal Ya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Giliran Nazim Othman Tayang Badan Seksi

Nazim tidak mahu mengambil komen negatif peminat terhadap urusan peribadinya kerana…

Hiburan Tue, 20 May 2025

Pakai Tudung Nampak Rambut, Netizen Harap Tya Arifin Terus Istiqamah Jaga Aurat

Tya Arifin pakai tudung nampak rambut, netizen doa istiqamah

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Hanya Elak Tawaran Sensitif, Floor 88 Sangkal Dakwaan Tolak ‘Show’ Kerajaan

Floor 88 hanya menolak tawaran yang tidak bersesuaian dengan prinsip kumpulan mereka.

Trending Wed, 14 Feb 2018

11 KPOP SONGS FOR ALL SINGLES THIS VALENTINES DAY

Valentine’s Day is the season for lovers to publicly show off their affection. But what about all the single people? Here are some songs to pull you through this day.

Trending Fri, 22 Jun 2018

Serba Tak Kena, Jaket Melania Trump Jadi Bualan!

Saya harap selepas lawatan di Texas ini, pihak media tidak lagi memilih untuk memberi lebih tumpuan kepada pakaiannya.

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Sajat Dan Coach Yin Putus?

Dan, menurut Sajat pada mulanya mereka memang telah breakup tetapi, memandangkan mereka masih sayang antara satu sama lain, mereka membuat keputusan untuk kembali bersama

Featured Mon, 22 Mar 2021

Bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan Mulai 25 Mac Ini, RM 500 Buat PKS Mikro..

Bayaran bagi semua perusaha kecil sederhana di bawah Geran Khas Prihatin Tambahan akan bermula 25 Mac ini. Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 […]

Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Berdekah Memey Duduk Mengejut Atas Norman Hakim – “Dia Main Henyak Je.. Sampai Juling Mata”

Perghhhh, terus duduk tak bagi salam ek 🤣 Min saje ulang banyak kali biar abg Norman kita sakit 🤪🤪🤪🤪 Sayang bini kan hihiii

error: Content is protected !!