Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 8, 2025 @ 12:41pm

Hanya Elak Tawaran Sensitif, Floor 88 Sangkal Dakwaan Tolak ‘Show’ Kerajaan

Ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi menafikan dakwaan kononnya kumpulan mereka enggan menerima tawaran persembahan anjuran kerajaan seperti yang diperkatakan sesetengah netizen.

Menurut Eric selaku pemain papan nada, tuduhan tersebut tidak berasas dan berpunca daripada salah faham yang boleh menjejaskan imej kumpulan berkenaan.

“Saya tak tahu dari mana datangnya cerita itu. Kami tak pernah menolak sebarang tawaran daripada pihak kerajaan. Kami ni artis, tugas kami menghiburkan masyarakat tanpa terlibat dengan sebarang ideologi politik.

“Undi pun rahsia, jadi tiada sebab untuk kami memilih mana-mana pihak. Setakat ini kami memang banyak sertai program anjuran agensi dan kementerian. Jadi, dakwaan itu tidak benar sama sekali,” katanya kepada XTRA.

Eric ditemui selepas sidang media pra pelancaran MARA Automotive Ecosystem 2025 (Matec 2025) yang diadakan di Ideas Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lanjut, Eric menjelaskan Floor 88 hanya menolak tawaran yang tidak bersesuaian dengan prinsip kumpulan mereka.

“Kami hanya menolak persembahan yang melibatkan unsur negatif seperti judi, arak atau apa-apa yang boleh menyinggung sensitiviti masyarakat.

“Alhamdulillah setakat ini imej kami masih bersih dan sesuai untuk semua lapisan penonton. Itu yang kami cuba kekalkan sejak dulu,” katanya.

Dalam masa sama, Eric turut menegaskan Floor 88 sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam pembangunan seni dan industri kreatif tempatan.

“Kami sentiasa terbuka menyokong program kerajaan. Kalau tak, takkanlah kami dijemput untuk menjayakan Matec 2025.

“Malah minggu ini saja kami ada dua persembahan yang berkaitan dengan projek kerajaan. Jadi memang tak betul kalau orang kata kami menolak show kerajaan,” jelasnya yang memaklumkan Floor 88 bakal membuat persembahan di Matec 2025 pada 2 November ini.

Selain Floor 88, artis lain yang turut membuat persembahan termasuk Black Hanifah dan kumpulan XPDC Peng-Yu.

Program Matec 2025 yang merupakan penganjuran kedua ini dijadual berlangsung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari bermula 31 Oktober hingga 2 November.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Wira Asyraf Wajdi Dusuki berkata, acara ini memperkukuh komitmen MARA dalam menyokong dan membangunkan usahawan bumiputera dalam industri automotif melalui peluang penerokaan teknologi baharu dan kerjasama strategik.

Bertemakan “Charge The Hype”, MATEC 2025 menampilkan gabungan teknologi automotif terkini, gaya hidup permotoran dan penglibatan Gen-Z. Acara ini merangkumi empat komponen utama iaitu pameran (B2C), Business Matching (B2B), Diagnose Hub dan Experiential Wheel dengan penyertaan 180 reruai daripada pelbagai pengeluar, vendor, agensi dan rakan industri.

Pengunjung berpeluang memandu uji kenderaan elektrik, menikmati promosi menarik serta menyertai aktiviti interaktif seperti “EV Smart Quiz” dan “Wheel of Fortune” yang menawarkan hadiah bernilai tinggi. Antara rakan strategik yang turut serta ialah PETRONAS, EON, Daihatsu, Bateriku, CelcomDigi, PUNB, MARii dan SME Corp.

Penganjuran MATEC tahun lalu mencatat kejayaan besar dengan jualan bernilai RM16.6 juta dan lebih 26,000 pengunjung. Tahun ini, MARA menyasarkan jualan melebihi RM50 juta serta kehadiran 50,000 pengunjung, selain penambahan 70 reruai pameran berbanding edisi terdahulu.

MARA turut komited membangunkan lebih 5,000 usahawan automotif bumiputera melalui latihan, pembiayaan dan bimbingan strategik. Inisiatif seperti MATEC 2025 dijangka menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh industri automotif negara dan memperluas penglibatan usahawan tempatan dalam pasaran berimpak tinggi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 May 2022

AC Mizal & Emylia Rosnaida Hadiahkan Anak Mercedes Benz Sempena Birthday Ke-18

Hadiah kereta mewah buat anak lelaki AC Mizal dan Emylia

Featured Fri, 12 Dec 2025

“Jodoh Tak Perlu Hebat, Tapi Boleh Buat Kita Rasa Luar Biasa” – Zara Zya

Pelakon popular, Zara Zya menarik perhatian warganet apabila berkongsi pandangan ringkas namun mendalam mengenai soal jodoh.

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

More Michelle Yeoh in Star Trek!

Malaysian Star Trek fans rejoice.

Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Mayat Accapan Dibakar Di Krematorium Simpang Lima

Pelawak ini dilaporkan sudah lama sakit namun tidak menghebohkan tentang kondisi kesihatannya. Rest In Peace Sir…

Trending Wed, 27 Jan 2021

“Women Empowerment” – Saima Mohsin Bakal Jadi Wanita Muslim Pertama Dilantik Peguam Negara AS

Kaum wanita juga boleh memimpin! Setelah Kemala Harris menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan Naib Presiden US, nampaknya kini Saima Mohsin bakal mengikut jejak langkah yang sama.  Terbaru, Saima Mohsin, 52 tahun merupakan seorang wanita […]

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

WOW! ‘ Baby One More Time’ Rai Ulang Tahun Ke 20

Korang masih ingat tak sekitar tahun 1998, lagu ‘Baby One More Time’ memang cukup digilai. Memang lain macam beb!

Hiburan Mon, 17 Jun 2019

莫文蔚狮城开个唱!巡演确定 11 月抵马

莫文蔚《绝色》巡演确定11月将来到马来西亚!

Trending Tue, 15 Sep 2020
error: Content is protected !!