Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 22, 2025 @ 6:16pm

Masih ‘Struggle’ Dapatkan Kewarganegaraan, Josiah Hogan Tak Akan Guna ‘Pintu Belakang’

Pelakon, Josiah Hogan memaklumkan proses permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia kini berada di peringkat akhir.

Ketika ditemui XTRA, Josiah atau nama sebenarnya, Josiah Padilla Hogan, 39, berkata setakat ini dia masih menanti surat kelulusan atau pengesahan daripada pihak kerajaan negeri berhubung permohonannya itu.

“Buat masa sekarang saya masih menunggu surat sokongan. Saya ada minta surat sokongan daripada YB Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi Malaysia) untuk pastikan dokumen permohonan itu lengkap dan kemas. Proses itu berada di peringkat akhir, cuma nak tunggu kelulusan dan pengesahan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Meskipun masih berjuang untuk mendapatkan kewarganegaraan itu, Josiah bertegas dia tidak akan menggunakan jalan pintas atau ‘pintu belakang’ semata-mata untuk mempercepatkan proses itu.

“Masih lagi berusaha sebab saya tak nak menggunakan ‘pintu belakang’. Saya nak ikut proses yang betul seperti orang lain. Kalau saya kena tunggu pun tak apa cuma cabaran dia apabila saya kena bayar lebih kurang RM23,000 bila nak lepaskan status kerakyatan Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Josiah berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama yang berlangsung di Bandar Utama, pada Selasa.

Sementara itu, Josiah turut menjelaskan salah satu faktor yang telah mendorongnya untuk membuat permohonan itu adalah berdepan kesukaran sekiranya ingin memulakan perniagaan di Malaysia.

“Kalau saya tak dapat warganegara Malaysia pun hidup saya sama sahaja cuma mungkin berdepan kesukaran jika nak mulakan perniagaan atau membeli aset di tempat-tempat tertentu mungkin terbatas.

“Kalau terpaksa mungkin saya akan berjumpa orang tertentu untuk rayuan atau sebagainya. Nak tak nak, permohonan warganegara ini perlu diselesaikan juga.

“Permohonan ini sebenarnya perancangan B sebab kalau saya meninggal pun saya tak akan bawa status warganegara tu ke kubur,” katanya.

Untuk rekod, Josiah dilahirkan di Amerika Syarikat dan dibesarkan di Malaysia sejak berusia tujuh tahun.

Josiah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Hidayu Mohamed Nordin pada Mei 2013 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sebelum itu, Josiah pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 18 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Mar 2021
Featured Fri, 16 Aug 2024
Featured Sat, 23 Apr 2022

MV Lip Lap Raya Didakwa Sama Seperti MV Adele? Ini Respons Siti Nurhaliza

Best je lagu raya baru Tokti ni… bab MV tu tak salah kan kalau ambil inspirasi untuk berkarya

Featured Mon, 15 Nov 2021

Penerbit Cukup Derita Itu Mohon Kerajaan Benarkan Kanak-Kanak Berlakon

Penerbit popular, Siti Rosmizah memohon kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memberikan kelonggaran untuk pelakon kanak-kanak untuk terlibat dalam penggambaran drama. Mengulas berkenaan isu pelakon kanak-kanak yang tidak dibenarkan datang ke set penggambaran […]

Events Mon, 15 Apr 2019
Featured Fri, 2 Dec 2022

Mengaku Kerap Terkucil, Kriteria Pemilihan Lagu Jadi Keutamaan… Ikut Kemampuan Vokal Nabila Razali

Penyanyi terkenal, Nabila Razali lebih teliti dalam memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan selepas acap kali ‘terkucil’ sewaktu melakukan persembahan. Ketika ditemui oleh XTRA, Nabila menceritakan pemilihan lagu menjadi keutamaan kerana ingin selari dengan kemampuan vokal […]

Events Tue, 25 Feb 2020
error: Content is protected !!