Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 23, 2025 @ 11:29am

Hafiz Suip Rancang Tempah Kaki Palsu Buat Ibu Tersayang

“Bayangkan selepas bertahun hidup dengan kedua belah kaki tiba-tiba sekarang ibu sudah tiada sebelah kaki”.

Demikian luahan penyanyi popular, Hafiz Suip selepas berkongsi mengenai keadaan ibunya, Halizawati Salleh, 62, yang kini berada dalam keadaan baik selepas kaki kirinya dipotong akibat penyakit kencing manis.

Kata Hafiz, dia reda dan berlapang dada menerima takdir yang ditetapkan Tuhan untuk  mereka sekeluarga.

“Bayangkan selepas bertahun hidup dengan kedua belah kaki tiba-tiba sekarang ibu sudah tiada sebelah kaki.

“Kami sekeluarga juga terpaksa ‘berkampung’ di hospital lebih kurang sebulan lamanya sepanjang ibu dirawat di sana sebelum ini.

“Saya fikir, kami sebagai anak yang perlu menjadi ‘kaki’ (penguat semangat) buat ibu. Nampaknya ibu juga sudah reda menerima takdir ini dan sudah pandai bergurau dengan keadaan kakinya itu,” katanya kepada pemberita.

Kongsinya, kaki ibunya pada mulanya hanya mengalami luka kecil di bahagian jari, namun disebabkan tidak mahu mengambil risiko, doktor menasihati agar ia dipotong hingga ke paras lutut.

“Disebabkan penyakit itu sudah berkait dengan masalah organ lain serta tahap kencing manis ibu pun sudah terlalu tinggi, doktor menasihatkan untuk potong kaki hingga paras lutut kerana bimbang akan melakukan pembedahan berulang kali sekiranya terkena jangkitan,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai seorang anak, pelantun lagu Awan Nano ini merancang untuk menempah kaki palsu buat ibunya agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Terdahulu, Hafiz memberitahu dia kini sudah menetap di Kuching, Sarawak kerana mahu menjaga ibu bapanya.

Hafiz berkata, ibunya juga berdepan masalah kesihatan dan sering dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuching.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Sufian Suhaimi Bersanding Sorang Diri Di Pentas AJL 33

Alamak… belum move on lagi ke macam mana ni?

TECH Tue, 10 Apr 2018

Petaling Jaya Peeps, Paying for Parking Has Just Become Super Easy

It’s all thanks to this cool app which you can also use to pay your summonses!

Hiburan Fri, 2 Dec 2022

Pelanggan Mengamuk, Ini Penjelasan Iddin Ramli – “Saya Tak Makan Duit Haram”

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang sering tular dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah menjawab tuduhan seorang netizen yang memberikan kata-kata kurang sopan. @iddinramliiMaaf ye.♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline […]

Featured Tue, 7 Apr 2026

“Kalau Dapat RM30,000 Mama Boleh Je Transfer, Tapi Saya Nak Buat Dia Bangga” – Cik B

Cik B mengakui memasang harapan dan  matlamat selepas menyertai program realiti nyanyian Talk To My Manager (TTM) musim kedua.

Featured Thu, 31 Jul 2025
error: Content is protected !!