Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 24, 2025 @ 3:14pm

[VIDEO] “Kalau Kami Berhubung Dia Hanya Tanya ‘Adakah Saya Sembahyang?'” – Anak Zainal Abidin Dakwa Konflik Dengan Bapa Masih Berlarutan

Anak penyanyi, Datuk Zainal Abidin, 65, iaitu Timur Gabriel, 31 mendakwa hubungan bersama bapanya telah terputus sejak sekian lama.

Menerusi sebuah temu bual audio siar (podcast), Timur mendakwa mereka menyimpan nombor masing-masing namun tidak pernah berhubung, malah dia mendakwa Zainal enggan mengambil tahu mengenai dirinya.

Dakwa Timur lagi, konflik antara hubungannya bersama Zainal berlarutan dan seolah-olah tiada usaha dilakukan untuk berdamai atau kembali berhubung sebagai bapa.

“Kami berdua simpan nombor masing-masing, tetapi dia tidak berminat untuk bertanya khabar saya. Dia memang tidak menghubungi saya atau mengucapkan selamat hari lahir atau selamat hari raya.

“Kalau kami berhubung, dia cuma bertanya ‘adakah saya sembahyang?,” dakwanya dalam podcast tersebut.

Sebelum ini, Timur tidak teragak-agak untuk mendedahkan segala perbuatan bapanya kepada umum sekiranya selebriti itu terus berbohong mengenai konflik sebenar yang terjadi antara mereka.

Dakwa Timur, bapanya itu tidak pernah memberikannya perhatian malah kali terakhir Zainal memberi ucapan Raya atau Ulang Tahun adalah ketika dia berusia sembilan tahun.

Terdahulu, Zainal mengakui dia ada mendengar desas-desus berhubung anaknya, Timur yang sudah berkahwin di Jerman.

Namun begitu, pelantun lagu popular Hijau itu meluahkan rasa kesal tidak dijemput ke majlis perkahwinannya sebagai wali sekiranya benar anaknya itu sudah mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Anak Zainal Abidin Tak Teragak-Agak Dedah Kisah Sebenar Perbuatan Bapa – “Cukuplah Fitnah, Tak Malu Ke? Dosa Perangai Macam Ni!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

IS DWAYNE ‘THE ROCK’ JOHNSON REALLY RUNNING AS PRESIDENT?!

From professional wrestler to movie star, now The Rock plans on becoming America’s next president?

Featured Tue, 15 Nov 2022
Hiburan Sat, 18 May 2019

Aizat Amdan Cipta Lagu Untuk Arwah Ayah

Aizat Amdan sedih selepas pemergian bapa tercinta pada bulan lalu masih terkesan pada dirinya.

Hiburan Thu, 15 Feb 2018

INI ANTARA MESEJ PERPISAHAN ELFIRA DAN SUFIAN

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu ini, mula mempunyai masalah apabila saling tidak mengikuti akaun instagram masing-masing

Trending Wed, 19 Sep 2018
Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Majlis Sanding Niena Baharun Dipuji Peminat

“Macam Pengantin Diraja” – Majlis Sanding Niena Baharun Dipuji Peminat

error: Content is protected !!