Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 25, 2025 @ 3:11am

Pengalaman Sinematik Tanpa Had, Filem Reeza GTR Lakonan Alif Satar & Sophia Albarakbah Kini Boleh Disaksikan Di Tonton

Selepas mencetuskan fenomena di pawagam pada tahun lalu, REEZA GTR, karya arahan Dr. Ahmad Idham yang menyentuh hati dan mendebarkan, kini bersedia untuk menggegarkan Tonton!

Bermula 22 Januari 2025, filem aksi, komedi, dan romantik ini akan tersedia secara eksklusif di platform penstriman Tonton.

Dengan barisan pelakon terkenal seperti Alif Satar, Sophia Albarakbah, Noki K-Clique, dan ramai lagi, REEZA GTR menjanjikan pengalaman sinematik yang tidak boleh dilepaskan.

REEZA GTR mengisahkan perjalanan hidup seorang mekanik biasa bernama Reeza (Alif Satar), seorang jejaka berusia 30 tahun yang bekerja di bengkel stor lelongan kereta tarik.

Walaupun memiliki ijazah dalam pengurusan perniagaan, Reeza terpaksa akur dengan persaingan sengit dalam pasaran kerja. Namun, kehidupannya berubah secara drastik apabila sebuah kereta yang ditariknya membawa kejutan besar.

Di dalam bonet kereta itu, Reeza menemui seorang gadis cantik dan misteri, Myra (Sophia Albarakbah). Pertemuan tidak dijangka ini membawa Reeza menyelami dunia yang penuh teka-teki dan cabaran.

Filem ini membawa mesej mendalam tentang kepercayaan kepada takdir dan bagaimana pertemuan yang tidak dirancang mampu mengubah hala tuju hidup seseorang. Dr. Ahmad Idham, yang terkenal dengan kepakaran dalam menghasilkan naskhah bermakna, sekali lagi berjaya mencipta karya yang menggabungkan aksi mendebarkan, humor yang menghiburkan, dan elemen romantik yang menyentuh hati.

Beliau turut mempertaruhkan barisan pelakon ternama tanah air seperti Ropie, Yassin, Eizlan Yusof, Nelissa Nizam, Mas Anizan, Niezam Zaidi, Cat Farish, dan Man Raja Lawak untuk menjayakan REEZA GTR.

“Kami mahu REEZA GTR menjadi lebih daripada sekadar hiburan. Ia adalah kisah tentang bagaimana pertemuan yang tidak dijangka boleh mengubah hidup seseorang.

“Dengan gabungan elemen aksi, komedi, dan romantik, saya percaya filem ini akan memberikan pengalaman mendalam kepada penonton. Barisan pelakon kami berjaya memberikan jiwa kepada watak-watak ini, menjadikan cerita ini lebih bermakna,” katanya.

Platform Tonton terus membuktikan komitmennya dalam memperkenalkan karya tempatan yang berkualiti kepada penonton. Tambahan REEZA GTR ke dalam katalog eksklusifnya menonjolkan usaha Tonton untuk menjadi destinasi hiburan utama di Malaysia.

Dengan pelbagai kandungan menarik dan eksklusif, Tonton terus menjadi pilihan utama bagi peminat filem dan drama tempatan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan REEZA GTR mulai 22 Januari 2025, hanya di Tonton! Daftar sekarang untuk menikmati pelbagai kandungan menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Untuk maklumat terkini, muat turun aplikasi Tonton atau layari laman web rasmi di tonton.com.my bagi mengikuti perkembangan terbaru serta menikmati pelbagai kandungan menarik secara terus! Sedia untuk terpaku di depan skrin? Jangan ketinggalan, kerana REEZA GTR bakal memberikan anda pengalaman yang tidak akan dilupakan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Fad Tak Kisah Kalau Tak Menang, Asalkan…

Tercalon dalam kategori Penyampai Radio Popular dan Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31, Fad mengaku dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Nabila Razali Dedah Dihujani Kritikan Negatif, Akui Ingat Akaun Individu Komen Melampau – “Boleh Memaafkan, Tetapi Bukan Melupakan”

Nabila Razali akui perdebatan yang semakin tidak terkawal itu telah membuka ruang kepada netizen untuk kembali mengungkit kisah silamnya

Events Wed, 5 Oct 2022
Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi 🤭 Tacoddd 🥵

Trending Thu, 30 Apr 2020
Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Trending Thu, 19 Aug 2021

Dakwaan Gangguan Seksual: “Ini Satu Fitnah Yang Sangat Kejam & Melampau” – Ebit Lew

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew (UEL) selesai memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual di Bukit Aman sebentar tadi. UEL dilihat keluar dari pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu pada pukul […]

error: Content is protected !!