Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 27, 2025 @ 1:48am

CSOIAM: Eylia Guntabid Tersingkir, 5 Peserta Berjaya Ke Separuh Akhir

Perjalanan Eylia Guntabid terhenti di peringkat suku akhir program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) apabila namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir.

Persembahan Eylia yang berduet dengan Khai Bahar menerusi lagu Dua Insan Bercinta gagal memikat hati juri tetap iaitu Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, Cakra Khan, serta juri jemputan Alif Satar, selain tidak memperoleh sokongan undian penonton yang mencukupi.

Sementara itu, lima peserta berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir yang bakal berlangsung pada Ahad depan.

Lima peserta yang mara ialah Zazleen, Jimi, Kai Deva, Marygrace dan Mariam yang akan mempersembahkan lagu bertemakan Melodi Cinta Kita.

Untuk makluman, penilaian setiap minggu dibahagikan kepada 60 peratus markah daripada juri profesional dan 40 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Konsert minggu kelima CSOIAM malam tadi turut menampilkan persembahan pembukaan hebat daripada Alif Satar & The Locos, yang menyampaikan lagu popular Anugerah Terindah dan Inikan Cinta.

Selain itu, kesemua enam peserta turut menghiburkan penonton dengan lagu Bollywood seperti Aankhein Khuli dan Koi Mil Gaya. Penonton juga dihidangkan dengan persembahan bertenaga daripada Stacy Anam menerusi lagu Pakai Buangdan Menyala.

Program realiti nyanyian ikonik yang mula mencipta fenomena sejak 2006 ini kembali ke kaca TV3 dengan format baharu, bersiaran setiap minggu sehingga 9 Februari tahun depan.

Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy bertindak sebagai pengacara untuk program yang bersiaran secara langsung selama lapan minggu ini.

Pemenang CSOIAM bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif bersama Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Jangan lupa mengikuti perjalanan peserta menerusi Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal! Bermula 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9:00 malam.

Sorotan eksklusif ini membawa anda menyelami dedikasi, cabaran, dan pencapaian peserta sepanjang pertandingan.

Saksikan Keajaiban Konsert Minggu Keempat Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang anda tidak mahu lepaskan! Siaran langsung bermula jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton.

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus berinteraksi mengenai program ini di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Misha Omar, Noryn Aziz Dan Siti Sarah Gabung Suara Untuk Konsert Soul Sisters

Konsert anjuran Edd Razhe Entertainment (ERE) itu menjanjikan persembahan berbeza daripada konsert yang pernah dipersembahkan di Istana Budaya.

Featured Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Fri, 1 Nov 2024
Hiburan Wed, 17 Jan 2018

DICOP PENJENAYAH! IFA RAZIAH BUAT LAPORAN POLIS

Kesal kerana selepas sahaja peristiwa itu, dia ingin menamatkan sahaja isu perbalahan ini dan menunggu Roslan datang kepadanya dan meminta maaf

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

Ratusan Peminat Sambut Ketibaan BLACKPINK Di KLIA

Are you ready girls for tonight?

Trending Wed, 20 Nov 2019

Check Your Ingredients Now Because Your Sunscreen May Potentially Deteriorate Coral Reefs

You use sunscreen to protect your skin, but did you know that it doesn’t protect the coral reef?

Featured Sun, 10 Sep 2023
Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Teringin…Tapi Siapalah Saya Kan’- Siti Nurhaliza

Dalam perkembangan lain, Siti bakal terbang ke Adelaide, Australia untuk menjayakan konsert di Festival Theatre Adelaide pada 18 Oktober ini.

Hiburan Fri, 8 May 2026

Strim MPL MY S17 Di Tonton, Berpeluang Menang Hingga 4,450 Diamonds!

Tonton turut memperkenalkan kempen Tonton & Menang: MPL MY S17 yang berlangsung dari 29 April hingga 7 Jun 2026 bagi meningkatkan penglibatan pengguna sepanjang musim kejohanan berlangsung.

error: Content is protected !!