Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 8, 2026 @ 6:29pm

Strim MPL MY S17 Di Tonton, Berpeluang Menang Hingga 4,450 Diamonds!

Demam Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Season 17 kini semakin hangat apabila platform penstriman Tonton tampil menerusi kerjasama strategik bersama Moonton untuk membawakan penstriman eksklusif kejohanan tersebut kepada peminat esports tempatan.

Kerjasama itu sekali gus memberi peluang kepada komuniti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Malaysia mengikuti aksi kompetitif profesional secara lebih mudah menerusi platform digital.

Dalam masa sama, Tonton turut memperkenalkan kempen Tonton & Menang: MPL MY S17 yang berlangsung dari 29 April hingga 7 Jun 2026 bagi meningkatkan penglibatan pengguna sepanjang musim kejohanan berlangsung.

Menerusi kempen tersebut, pengguna hanya perlu menonton siaran langsung MPL Malaysia Season 17 di Live TV Tonton untuk mengumpul mata berdasarkan jumlah jam tontonan mingguan.

Penyertaan boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi kempen atau melayari laman microsite rasmi MPL Malaysia di Tonton sebelum log masuk atau mendaftar akaun Tonton.

Selepas mula menonton, penyertaan akan direkodkan secara automatik dan mata akan dikira berdasarkan jumlah jam tontonan terkumpul sepanjang minggu.

Peserta dengan jumlah tontonan tertinggi berpeluang memenangi sehingga 4,450 Diamonds dalam permainan selain Skin Chests eksklusif yang akan dikreditkan terus ke aplikasi MLBB masing-masing.

Pemenang kempen akan dihubungi oleh pihak Tonton untuk proses penebusan hadiah.

Semak syarat serta langkah penyertaan yang perlu diikuti oleh peserta untuk mengambil bahagian dalam kempen ini:

  1. Imbas kod QR pada poster atau klik link ini https://microsite.tonton.com.my/mplmalaysia/index.html 
  2. Log masuk ke akaun Tonton atau daftar jika belum mempunyai akaun
  3. Tonton kandungan dan perlawanan MPL Malaysia Season 17 di Live TV untuk mengumpul mata
  4. Penyertaan adalah automatik selepas mula menonton
  5. Mata dikira berdasarkan jumlah jam tontonan  yang dikumpul dalam tempoh seminggu
  6. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah jam tontonan tertinggi

Pemenang akan dihubungi oleh pihak Tonton untuk proses pengkreditan hadiah ke dalam aplikasi MLBB

Selain itu, peminat juga boleh menikmati pengalaman penstriman tanpa gangguan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang MPL Malaysia Season 17 berlangsung.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kandungan eksklusif dan program menarik lain, pengguna boleh mengikuti akaun media sosial rasmi @tontonmy di Facebook, X, TikTok dan Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Sat, 22 Nov 2025

Tampil Single Perjalanan… Kolaborasi Ernie Zakri, Andi Rianto Lahirkan Lagu Sarat Penghayatan

Ernie Zakri berkolaborasi dengan produser & komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto.

Trending Mon, 15 Jul 2019
Hiburan Sat, 3 Sep 2022
Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Nekad Tinggalkan Dunia Glamor, Altimet Tolak Tawaran Menyanyi Demi Membantu Rakyat

Selamat tinggal Altimet! Kami sebenarnya rindu dengan persembahan Altimet❤️

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Trending Mon, 15 Jan 2018

非一般便条纸 让你变成生活的艺术家

虽然说创作纸雕艺术品需要极高创意及一双巧手,但日本近日有公司推出一款纸雕模型便条纸(Memo纸),顾客不需刻意组装或做任何劳作,只要慢慢撕下、用光了便条纸,纸雕作品就会现形。

Featured Tue, 27 Jun 2023
error: Content is protected !!