Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 27, 2025 @ 1:59pm

Tak Boleh Jejak Kubur, Michael Ang Dedah Badan Akan Rasa ‘Berat’ – “Kubur Cina Ke Islam Sama Saja”

Pengarah dan pelakon, Michael Ang mendedahkan dirinya tidak boleh menjejakkan kaki ke tanah perkuburan kerana akan mengalami sakit ‘misteri’.

Menerusi sesi podcast Sembang Seram, Michael menjelaskan perkara tersebut membuatkannya tidak melakukan penggambaran filem atau drama di lokasi tanah perkuburan, selain turut merasakan badannya berat seperti ada ‘benda’.

“Saya tak boleh buat ‘shooting’ di lokasi tanah perkuburan sebab kalau buat mesti saya akan sakit macam demam dan tiba-tiba badan rasa berat.

“Tak tahulah ada ‘benda’ ikut ke apa ke kan? Tak kisahlah kubur Cina ke, kubur Islam ke saya akan duduk dalam kereta saja kalau ada ‘shooting’.

“Tanyalah siapa yang pernah berlakon dengan saya, kalau babak di kubur memang saya tak akan pergi. Saya akan suruh pengarah pembantu yang pergi.

“Kalau boleh memang saya akan cakap awal-awal pada penulis skrip, ‘Tak nak ada babak di kubur’,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Michael turut memberitahu mereka sekeluarga dilarang ke kubur sekiranya ada kematian, sebaliknya hanya akan memberi penghormatan terakhir di rumah.

“Ini waktu saya kecil lah, tak tahu lah nak percaya ke tak tapi mereka (keluarga) cakap yang saya memang tak boleh ke kubur.

“Jadi, kalau ada orang meninggal macam sepupu ke pak cik, saya memang tak akan pergi. Saya akan ‘pay respect’ bila di rumah macam itu saja.

“Tapi kalau ada orang yang sangat penting meninggal, saya akan pergi jugalah cuma memang akan sakit,”ujarnya lagi.

@sembangseram

ada ke yang macamni jugak ? #MichaelAng #Safwannazri #Safwannazripod #Sembangseram #Safwannazripodcast #Ceritaseram #Ceritahantu #Kisahseram #Kisahhantu #Ceritahantu #Kubur

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Thu, 2 Mar 2023

Hanya Mahu Tuntut Nafkah… Madu Miera Leyana Enggan Cerai, Masih Sayang Rumah Tangga – “Pulanglah & Berbincang…”

Allahu, sedih pula 😭 Isteri pertama hanya nak tuntut hak, tapi sukar nak berkomunikasi 🤭 hm..

Trending Thu, 28 Dec 2017

「时尚之都」巴黎地下墓穴 埋葬700万人

法国巴黎被人们称为「时尚之都」,但在那里有一个超诡异的地下墓室,里头埋葬着700万具尸骨,被人们称为「骷髅墓」。据称,这个墓穴里的尸骨都是被人们刻意移来转去的,且在此之前是一个采石场。

Featured Wed, 20 Mar 2024
Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Aazief Khalid Dan Instafamous Ini Akhirnya Berpisah

Netizen ni pun, cubalah selidik dulu punca perpisahan diorang, jangan main serkap jarang je!

Hiburan Sat, 19 Jan 2019
Trending Tue, 20 Feb 2018

BILA SEEKOR UDANG JADI VIRAL

Bila seekor udang jadi viral, ini jawapan netizen!

error: Content is protected !!