Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 27, 2025 @ 8:58pm

Rumah Bersepah Seperti Hutan, Barang Bertimbun Angkara Princess Suzie, Pemilik Dakwa Rugi RM33,000!

Nama pempengaruh terkenal TikTok, Princess Suzie atau nama sebenarnya, Suzie Rozieana @ Naiemah Yaakub menjadi perbualan hangat di platform Threads setelah didakwa telah merosakkan sebuah rumah yang disewa olehnya di Selangor.

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut mendakwa Suzie seorang yang gemar ‘menimbun’ barang-barang miliknya, lebih parah keadaan rumah tersebut digambarkan menjadi seperti ‘hutan’ setelah dikelilingi pokok yang meninggi.

Pemilik rumah tersebut turut memaklumkan mereka mengalami kerugian berjumlah RM33,000 iaitu termasuklah bil api dan air sebanyak RM16,000, selain penyewa tidak membayar sewa mencecah RM13,000.

“Mereka telah merosakkan rumah milik ibu saya di Selangor. Saya sertakan gambar rumah ibu saya yang rosak dan gambar penyewa syurga ini.

“Kesilapan kami tidak hire agent, tidak periksa keadaan rumah, tidak tukar nama TNB kepada nama penyewa. Akibatnya, kami menelan kerugian anggaran RM33,000 (bil TNB RM16,000, meter air dan paip air dari air Selangor rosak RM2,500, sewa rumah anggaran RM13,000,” dakwanya.

Meninjau ke platform TikTok, akaun media sosial Princess Suzie mula dibanjiri komen-komen netizen yang meminta pempengaruh berusia 62 tahun ini untuk membayar tunggakan sewa rumah.

 

@princesscelpiebar

♬ original sound – Princess suzie pinky candy – Princess suzie pinky candy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Trending Thu, 16 Jan 2020

Anak Pendakwah Ahmed Deedat Ditembak Di Kepala

Seorang aktivis warga Afrika Selatan yang juga anak kepada pendakwah antarabangsa terkenal, Sheikh Ahmed Deedat kini bertarung nyawa selepas ditembak di luar sebuah mahkamah, pada Isnin. Jurucakap polis, Kolonel Thembeka Mbela berkata, mangsa, Yousuf Deedat, […]

Trending Sun, 17 Apr 2022
Events Fri, 31 May 2019

#DramaRaya2019 : Masihkah Ada Raya Buatku

Jangan ketinggalan untuk saksikan drama-drama terbaik sepanjang raya ini!

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Dia Fadila Terima Ijazah Sarjana Muda Muzik

Empat tahun berhempas-pulas bergelar pelajar, isteri dan ibu, akhirnya segala pengorbanan Dia membuahkan hasil. Alhamdulillah & tahniah Dia Fadila!

Featured Fri, 13 Jan 2023

Selepas 6 Tahun, Ameem Abdul Akhirnya ‘Leraikan’ Hubungan Cinta Lama Terbina

Nak lepaskan hubungan yang dah terjalin lama bukan mudah kan?

error: Content is protected !!