Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 28, 2025 @ 4:22pm

‘Nafas’ Cherpen Menyentuh Jiwa Pendengar Terus Bangkit Lalui Liku Kehidupan

Kumpulan Cherpen, yang semakin kukuh mencipta nama dalam industri muzik tempatan, kembali dengan single terbaru bertajuk ‘Nafas’.

Sejak dilancarkan, lagu ini terus menduduki tempat utama dalam senarai ‘Pop Terkini’, ‘Made in Malaysia’, dan ‘Pop Balada’ di platform penstriman muzik terkenal, Spotify.

Gabungan lirik yang puitis dan melodi yang mempesona menjadikan lagu ini mampu menghayati emosi pendengar.

Dihasilkan oleh Nemo Cherpen, Syahir Cherpen, Kimie Cherpen, dengan lirik oleh Nemo dan Syahir, ‘Nafas’ membawa kisah perjuangan individu dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan, sambil mencari kekuatan dan makna di sebalik setiap hela nafas.

Liriknya yang penuh kelembutan digabungkan dengan vokal yang menyentuh hati dan susunan muzik yang harmoni, menjadikan ‘Nafas’ sebuah karya yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada pendengarnya.

Vokalis Cherpen, Nemo atau nama sebenarnya Nasrulhal Shahdan, menjelaskan bahawa single ini mencerminkan perjalanan

“Dalam lagu ini, kami berusaha untuk merangkum perasaan dan pengalaman yang ramai orang mungkin rasakan dari sudut harapan, perjuangan dan keinginan untuk terus bangkit walaupun dalam keadaan sukar.

“Kami berharap lagu ini dapat menjadi cahaya penunjuk arah dan sumber kekuatan kepada mereka yang sedang mencari inspirasi untuk terus melangkah ke hadapan walau apa jua halangan yang mereka hadapi,” katanya.

Tambahnya lagi, ‘Nafas’ menyampaikan mesej bahawa setiap orang tidak seharusnya berputus asa dalam menghadapi cabaran.

“Lagu ini menjadi pengharapan dan penanda bahawa walau seberapa berat perjalanan yang dilalui, tiada yang mustahil selagi ada kemahuan dan usaha. Dengan harapan lagu ini dapat mengajak pendengar merenung kembali dan menemukan semula kekuatan dalam diri mereka. Kami bertekad untuk menyebarkan mesej positif melalui muzik kami,” katanya.

Single ‘Nafas’, terbitan Seventeen Eleven Music, kini boleh didengarkan di semua platform penstriman muzik, manakala video muzik rasminya tersedia di saluran YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Apr 2021

Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Penyebab Kluster Baru

Semakin hari kes semakin meningkat..

Trending Mon, 14 Jun 2021

Akui Terjejas Kerana Pandemik, Siti Nordiana Bersyukur Ada Punca Pendapatan Lain

Terkesan dek kerana pandemik Covid-19, penyanyi Siti Nordiana mengakui pendapatannya dalam bidang muzik merosot sebanyak 60 peratus. Wanita yang mesra disapa dengan nama Nana ini mendedahkan perkara terbabit berlaku sejak persembahan secara terbuka tidak boleh […]

Trending Fri, 3 Nov 2023
Trending Wed, 10 Jul 2019

Nak Beli Rumah Tapi Kena Black List PTPTN? Ini Berita Baik Untuk Korang!

Anda akan dikecualikan daripada sekatan sekiranya hendak membeli rumah pertama.

Featured Mon, 17 Oct 2022
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

UPDATE: SHINEE’S JONGHYUN LEAVES HEARTBREAKING SUICIDE LETTER

Jonghyun had specifically rented out an apartment for his suicide. He also left a letter which he wanted everyone to read.

error: Content is protected !!