Euforia Bola 2026
Drama By: Aqilah Paharuzi January 31, 2025 @ 6:05pm

Eyka Farhana Jadi Cikgu Diva, Bangkitkan Semangat Rumah Sukan Tercorot Jadi Juara!

Kisah berlatarbelakangkan sekolah sentiasa menarik dan mudah dihayati, dipenuhi dengan gelagat lucu serta watak-watak unik yang berwarna-warni. Kali ini, TV3 membawakan Cikgu Diva, sebuah drama yang menggambarkan realiti kehidupan sekolah masa kini dengan daya tarikan tersendiri, sambil menyoroti peranan penting guru dalam membentuk pelajar.

Menemui penonton menerusi slot Lestary bermula hari ini, 31 Januari 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam, Cikgu Diva menampilkan barisan pelakon muda berbakat seperti Eyka Farhana, Fitri Farok, Syad Mutalib, Kana Fly, Duerra Mitilda, Syed Irfan, Danish Hazriq, dan ramai lagi. Dengan lapan episod penuh gelak tawa dan cerita menghiburkan, drama ini mengetengahkan suasana sekolah yang ceria dengan nilai kekeluargaan, sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Diarahkan oleh Kyoll Hamzah, Cikgu Diva mengisahkan Cikgu Ros (Eyka Farhana), seorang guru Bahasa Melayu yang memikat dengan kecantikan dan personalitinya. Suatu hari, pengetua mengadakan mesyuarat tergempar dan melantik Cikgu Ros sebagai guru penasihat rumah sukan biru serta guru kelas Tingkatan Dua Baiduri, membuka lembaran baharu dalam kerjayanya sebagai pendidik.

Namun, tugas barunya bukan sesuatu yang mudah. Cikgu Ros yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti sukan kini perlu membimbing rumah sukan biru, pasukan yang sering menduduki tempat tercorot di Hari Sukan Sekolah. Dia cuba mendapatkan bantuan kakaknya serta tiga pelajar—Amir, Haikal, dan Hani—tetapi Haikal, yang berbakat dalam sukan, enggan membantu kerana masalah keluarga yang dihadapinya.

Selain tanggungjawab sebagai guru kelas dan penasihat rumah sukan, Cikgu Ros turut sering bertelagah dengan Cikgu Adam (Fitri Farok), penasihat rumah sukan kuning yang saban tahun menjuarai Hari Sukan. Keadaan menjadi lebih rumit apabila timbul konflik cinta antara Cikgu Ros, Cikgu Adam, Cikgu Sofea (Syad Mutalib), dan Cikgu Kana (Kana Fly). Rasa cemburu terhadap hubungan Cikgu Ros dan Cikgu Adam mendorong Cikgu Sofea merancang sesuatu untuk menjatuhkan Cikgu Ros.

Mampukah Cikgu Ros menangkis muslihat Cikgu Sofea? Berjayakah dia membawa rumah sukan biru ke puncak kemenangan?

Jangan ketinggalan menyaksikan episod pertama Cikgu Diva hari ini di slot Lestary TV3 atau strim 24 jam lebih awal di Tonton melalui www.tonton.com.my. Penonton juga boleh memuat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

四叶草渴望得娱协新人奖「许佳麟最没杀伤力」

出道5年的Joyce四叶草(朱主爱)近日带着推出个人首张专辑《我来自四叶草》返马宣传!以新人姿态入围《娱协30》新人奖的她直呼很爽,并视车志立为竞争对手;她还打趣说“许佳麟最没杀伤力,他出道10年了就让我这个出道5年的吧!”

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

郑秀文以患者身份:不要害怕,一定有出路可行!

Sammi郑秀文于2005年拍摄电影《长恨歌》后,销声匿迹了3年,最终凭着朋友的支持以及宗教信仰,让她渐渐康复。看过了韩国团体SHINee钟铉留下的遗书,她不禁于21日凌晨以过来人身份发帖。

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Hiburan Mon, 14 May 2018

众人为「大众妈咪」黎明姨庆最后的母亲节

拿督黎明设灵第2天适逢母亲节,黎明姨子女特地与公众一起为这位大马人三代集体回忆的“大众妈咪”庆祝她人生最后一个母亲节,场面温馨又伤感。其子女齐称黎明姨是一位“超级妈妈”,长媳更指黎明姨是世上无可取代的家婆!

Featured Sat, 15 Jan 2022
Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Featured Fri, 19 Jul 2024

Didakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal, Intan Najuwa Tampil Perjelas -“Saya & Suami Ada Parents, Jadi Mereka Lebih Tahu”

Janganlah kita jadi yang terpaling okay… Artis pun tahu bila nak berkongsi ataupun tidak berita gembira macam ni🫣🤣

Featured Wed, 9 Nov 2022

Netizen Terkejut Ara Johari Ungkap Kata-Kata Jiwang – “Jarang Eh Bagi Ayat Macam Ni”

Penyanyi terkenal, Ara Johari membuatkan peminatnya terkejut selepas dia memberikan kata-kata yang mengulas mengenai mencari kebahagiaan di dalam kehidupan. @arajohariofficial Bulu mata pun tak tenang 😂 #fypシ #pastitiba ♬ Pasti Tiba – Ara Johari Menerusi […]

error: Content is protected !!