Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir December 13, 2023 @ 5:06pm

Hafidz Roshdi Didakwa Bakal Berkahwin Sabtu Ini, Bekas Isteri Tidak Mahu Ambil Tahu – “Saya Seronok Dengan Kehidupan Sekarang…”

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak mahu mengambil tahu tentang dakwaan bekas suaminya akan berkahwin tidak lama lagi.

Memetik laporan Gempak, sekiranya dakwaan tersebut benar, Shuhada mendoakan kebahagiaan Hafidz dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada.

“Saya tak tahu pasal itu dan saya pun tidak mahu ambil tahu sebab saya sibuk dengan kehidupan saya.

“Saya sibuk kerja dan menguruskan anak-anak dan saya sedang berseronok dengan kehidupan saya sekarang. Alhamdulillah.

“Apa-apa pun saya doakan yang terbaik buat mereka, saya sekarang hanya mahu meneruskan kehidupan saya bersama anak-anak dengan baik,” ujarnya.

Tegas Shuhada lagi, dia tidak mahu lagi mengimbau kisah lalu dan ingin fokus dengan kehidupannya sekarang.

“Saya sangat gembira dengan kehidupan saya sekarang dan saya juga bekerja keras untuk membesarkan anak-anak saya.

“Alhamdulillah dengan apa yang saya miliki sekarang. Saya hanya mahu berseronok dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.

Terdahulu, tular kad undangan perkahwinan yang tertera nama Hafidz dan Athira yang bakal disatukan pada 16 Disember ini di sebuah dewan di Selangor.

Malah, Hafidz juga tidak menafikan perkara tersebut dan akan berkongsi apabila tiba waktu yang sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 16 Disember, Hafidz Roshdi Tampil Buka Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 6 Bulan Bercerai, Hafidz Roshdi Bakal Berkahwin Dengan Athira Yuhada Sabtu Ini?

Didakwa, Athira merupakan orang ketiga yang menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Hafidz dan Shuhada.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 3 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Sep 2021

“Suami Yang Bersungguh-Sungguh… Ini Perkahwinan Paling Bahagia” – Jarak Usia Tak Halang Cinta Ibu Tunggal 59 Tahun Dengan Jejaka 22 Tahun

Perkahwinan ibu tunggal enam anak, Norlida Mohamed Salleh, 59, dengan Muhammad Sabree Razaman, 22, mendapat perhatian ramai sejak kisah mereka yang dikongsikan di aplikasi TikTok. Jarak usia 37 tahun tidak menjadi penghalang cinta Sabree dan […]

Featured Thu, 26 Oct 2023
Featured Tue, 15 Jun 2021

Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar […]

Contest Thu, 18 Apr 2019

xtra好康头 | 送你《张敬轩HINSIDEOUT云顶演唱会》入门票

送你去看张敬轩《HINSIDEOUT》云顶演唱会,让你感受「轩式」情歌的现场魔力!

error: Content is protected !!