Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 4, 2025 @ 1:39pm

[VIDEO] “Saya Rindu Sangat Arwah Mak…” – Menangis Teresak, Isteri Dedah Fahrin Ahmad Dipaksa Kuat Sehari Selepas Insan Tersayang Meninggal

“Saya sampai hari ini saya rindu mak saya…,” demikian luahan hati pengacara dan pelakon, Fahrin Ahmad yang gagal menahan tangisannya selepas membaca surat cinta dari isteri tersayang, Elena Hani Eleas.

Menerusi video di Wanita Hari Ini TV3 Malaysia dalam segment ‘Dipaksa Kuat’, isteri Fahrin mengakui dia tidak boleh lupa momen disaat suaminya itu kehilangan ibu tercinta buat selamanya.

“Paling saya tak boleh lupa bila arwah ibu pergi meninggalkan kita, awak sangat-sangat sedih dan saya tak pernah nampak awak menangis sampai macam tu.

“Keesokan harinya awak kembali shooting walaupun pihak produksi dah beri awal cuti untuk rehat. Awak beritahu saya awak tak nak menyusahkan orang lain.

“Saya terkejut awak masih boleh melangkah keluar kerja tersenyum dan menyimpan kesedihan hati. Masya-Allah, awak sangat kuat. Semoga Allah berikan segala rezeki terbaik untuk awak dunia dan akhirat,” tulisnya dalam surat tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh hati melihat tangisan Fahrin yang laju membasahi pipinya itu.

Malah, Fahrin turut meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada sokongan daripada isterinya serta rakan-rakan sekerja yang banyak menyuntik kekuatan kepada dirinya.

“Team Wanita Hari Ini (WHI) TV3 dan produser ada kejutan sampai saya tak mampu nak berlakon. Terima kasih semua yang jadi sumber kekuatan saya.. Isteri, anak, keluarga, kawan-kawan, peminat, keluarga WHI.

“Semua yg mendoakan kerana kalianlah kekuatan saya untuk ceria dan tersenyum dalam keruntunan jiwa sekalipun,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WHI TV3 (@whitv3)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 May 2024
Hiburan Thu, 23 May 2024

“Marissa Dania Orang Yang Sangat Perahsia, Berani & Banyak Memendam” – Abby Abadi

Abby kata Marissa tak suka memasak.. Tak apa dah kahwin tu nanti minat masak slow slow ada 😘

Featured Fri, 20 Aug 2021

Daiyan Trisha Penat Dengan Situasi Semasa, Jawab Spekulasi Cinta Dengan Aedy Ashraf

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha, 24, mendedahkan dirinya turut berdepan dengan situasi ‘penat’ mental dan emosi sepanjang wabak melanda. Daiyan mendedahkan cabaran sebagai anak seni yang terpaksa dihadapi dalam situasi pandemik. “Kalau dulu Daiyan boleh […]

Featured Mon, 13 Apr 2020
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Kolaborasi RM Bersama Honne Buat Peminat BTS Teruja

Penulis lirik dan rapper terkenal yang berusia 24 tahun itu akan berkolaborasi dengan duo berkumpulan tersebut untuk single terbaru mereka.

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

‘Selesa Dengan Adam Tapi…’- Sweet Qismina

Peminat mula memberikan reaksi positif.

Hiburan Sat, 2 Mar 2019

‘Antara Ramai Pengarah, Mawi Je Yang….’- Along Cham Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam ‘Tiada Tajuk’

Kata Along, Mawi antara pengarah yang ‘rare’ pernah dia bekerjasama. Apa yang ‘rare’ tu Along?

error: Content is protected !!