Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 6, 2025 @ 6:50pm

Dah Minta Maaf Pada Linda Hashim, Beego Respons Dakwaan Berlaku Keganasan Rumah Tangga, – “Saya Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari”

“Saya bukan malaikat dan isteri saya bukan bidadari,” demikian respons pelakon, Beego terhadap pertanyaan media berhubung dakwaan berlakunya keganasan rumah tangga dalam perkahwinan bersama aktres, Linda Hashim.

Memetik laporan Harian Metro, Beego atau nama lengkapnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mengakui sudah memohon maaf kepada isterinya dan berkeras mahu mempertahankan rumah tangga.

“Saya sangat mencintainya dan mahu mempertahankan perkahwinan ini kerana anak-anak. Saya pun sudah meminta maaf kepadanya dan berusaha memujuk supaya membatalkan hasrat bercerai itu.

“Saya masih sayang dan usaha itu (mahu berbaik) juga dibuat kerana anak-anak kami yang masih kecil dan perlukan perhatian daripada kedua ibu bapa.

“Cuma, setiap pasangan pasti ada kesilapan masing-masing. Saya tidak mahu komen lanjut kerana saya pun ada silap sendiri. Saya bukan malaikat dan isteri saya bukan bidadari,” katanya.

@xtra_my

Replying to @ridhwah Linda Hashim juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Beego hampir masuk 4bulan #fyp #xtra #lindahashim #beego #cerai #beritaditiktok #sembangentertaiment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Pada pagi Khamis, Linda hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memfailkan perceraian kali ketiga terhadap Beego.

Namun begitu, Beego menerusi satu kenyataan di Instagram (IG) miliknya tidak menyangka tarikh sebutan pertama berlangsung pada hari ini kerana dia tidak mendapat sebarang notis.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Jun 2022
Hiburan Thu, 19 Sep 2019

“Jongkong Emas Palsu?? Apa ni?” – Putra Amaris

“Apa ni? Saya tidak tahu menahu pun!,” dedah pelakon Putra Amaris yang didakwa terbabit dalam penjualan jongkong emas palsu. Menerusi Instagram miliknya, Putra Amaris menafikan dirinya terbabit dalam urusan jual beli jongkong emas seperti yang […]

Trending Wed, 30 Dec 2020
Trending Tue, 22 Jun 2021

Jom Semak Cara Daftar Insentif Belia RM1,500 Sebulan

Terbuka kepada belia berumur 18-30 tahun

Hiburan Wed, 25 Mar 2026

Didi Astillah Pertahan Bella Astillah Dikritik Gedik, Dakwa Tak Bawa Anak-Anak Jumpa Bekas Suami – “Nak Campur Hidup Orang Tapi Tak Tahu Cerita Sebenar”

individu tersebut menyifatkan Bella seolah-olah gedik kerana sering membawa anak-anaknya bertemu Syed Saddiq.

Featured Thu, 16 Mar 2023
error: Content is protected !!