Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 9, 2025 @ 2:02pm

Terima 10 Dinar Emas & Cincin, Wanna Ali Sah Bergelar Isteri

Pelakon dan penyanyi, Wanna Ali sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Khairil Amri Khalid selepas selamat diijab kabul dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup pada jam 10.40 pagi.

Dalam upacara penuh bermakna itu, Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali, 28, dinikahkan oleh Ustaz Abdul Salam Mahmud dari Masjid Damansara Perdana dengan berwalikan bapanya, Mohd Ali.

Sebagai simbolik penyatuan cinta mereka, Wanna yang juga anak kepada penerbit filem dan drama terkenal, Datuk Ayu Puteh, menerima mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin daripada suaminya.

Mengikuti adat istiadat perkahwinan, pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran, sementara pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang sebagai tanda penghargaan.

Majlis yang bertemakan rona putih itu berlangsung dalam suasana penuh keanggunan dan dihadiri oleh keluarga terdekat, saudara-mara, serta rakan-rakan selebriti yang turut berkongsi kegembiraan pasangan ini.

Berkongsi kisah perkenalan mereka, Wanna berkata dia mula mengenali Khairil Amri, yang juga anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sejak tahun lalu.

Sementara itu, ibunya, Ayu Puteh, meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahan anaknya berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Alhamdulillah, hari ini Wanna sudah sah bergelar isteri. Sebagai seorang ibu, saya amat bersyukur dan gembira melihatnya melangkah ke alam rumah tangga. Semoga ikatan ini diberkati dan berkekalan hingga ke jannah.

“Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap agar suaminya menjaga Wanna dengan penuh kasih sayang,” katanya kepada *Harian Metro*.

Malam ini, pasangan mempelai bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan tradisional yang berlangsung di lokasi yang sama.

Wanna sebelum ini mengumumkan pertunangannya dengan Khairil Amri pada 9 November tahun lalu, namun hanya mendedahkan berita itu kepada umum pada 2 Februari lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Nov 2022

“Terima Kasih Sabak Bernam” – Eizlan Yusof

Terima Kasih Datuk Seri Eizlan Yusof

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Trending Tue, 3 Jul 2018

[BREAKING] Najib Arrested by MACC

Many people are rejoicing.

Featured Tue, 2 Nov 2021

“Saya Tertipu & Mahu Menceraikannya” – Suami Ceraikan Isteri Selepas Melihat Wajahnya Tanpa Solekan

Seorang lelaki di Mesir telah memfailkan saman di mahkamah untuk menceraikan isterinya yang baru berkahwin selama sebulan selepas melihat wanita itu tanpa solekan. Menurut laporan Gulf News, suami tersebut kelihatan terkejut selepas melihat wajah isterinya […]

FESYEN Mon, 22 Jul 2019

Lebih Hebat…Selepas Kejayaan Naelofar, LofaBrand Pula Menyusul!

Neelofa memasarkan koleksi pengenalan merchandise premium di bawah jenama LofaBrand.

Hiburan Sun, 4 Aug 2024
Featured Sat, 11 Feb 2023

AJL 37: Bakal Bawa Lagu Mainan Dalam Konsep Paling ‘Gila’, Naim Daniel Tak Akan Menyanyi Di Pentas?

Aikk? Tak nyanyi atas pentas? Kerja gila apa yang Naim nak buat niii 😱😱😱 Nervousnya AJL 37!

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Syarat Wajib Kalau Mahu Memperisterikan Rita Rudaini…

Ibu kepada dua orang cahaya mata, Rita Rudaini akui masih belum bersedia untuk menempuh semula alam rumah tangga. Mana tahu kan satu hari nanti Rita berjumpa dengan lelaki yang dapat bertanggungjawab ke atas anak-anaknya?

error: Content is protected !!