Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi February 9, 2025 @ 4:13pm

Bufet Berbuka Puasa Di Atas Bukit: Lebih 150 Hidangan Lazat Menanti Anda di Restoran Sisik Ikan Bakar!

Mahu berbuka puasa dengan suasana eksklusif dan hidangan yang menggamit selera? Restoran Sisik, terletak di puncak bukit Kelab Shah Alam Selangor, Seksyen 13, menawarkan pengalaman berbuka yang sukar ditandingi!

Bayangkan menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak Durian Fresh, ikan bakar, kambing gril, gulai kawah, daging salai lemak, udang dan sotong goreng tepung, serta Nasi Kenduri yang dihidang bersama ayam merah dan jelatah, semuanya tersedia dalam satu bufet hebat!

Sisik Royal Buffet: Harga Berbaloi, Hidangan Bertaraf Raja!

Bermula 4 Mac 2025, Sisik Royal Buffet menjanjikan kemeriahan berbuka puasa dengan lebih 150 juadah enak. Lebih menarik, harga yang ditawarkan sangat berpatutan:

  •  RM89 –  Tempahan awal sebelum 12 Februari 2025
  • RM97 – Tempahan hingga sehari sebelum Ramadan
  • RM119 – Harga asal untuk dewasa
  • RM69  Untuk kanak-kanak

Menurut Pengarah Urusan Sisik, Noralinda Norjaya, sambutan luar biasa sejak mula beroperasi di Klang pada 2011 dan berpindah ke Shah Alam empat tahun lalu membuktikan restoran ini sentiasa menjadi pilihan utama peminat makanan laut dan sajian tradisi Melayu.

“Tahun ini, buat pertama kali kami memperkenalkan pakej bufet berbuka puasa selepas menerima permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Lokasi ini bukan sahaja menawarkan pemandangan yang indah, tetapi juga kemudahan lengkap seperti parkir luas, surau dan tandas bersih, serta ruang makan yang mampu menampung sehingga 400 pelanggan dalam satu masa, termasuk bilik berhawa dingin,” katanya.

Sajian Istimewa: Ikan Bakar Segar, Dimasak di Hadapan Anda!

Sebagai restoran yang terkenal dengan ikan bakarnya, Sisik meneruskan keistimewaannya dengan menyediakan makanan laut segar yang dipanggang secara langsung di hadapan pelanggan.

Udang, sotong, dan ikan segar yang diperap dengan sambal resipi turun-temurun setiap gigitan pasti meninggalkan kenangan!

Namun, bintang utama bufet ini sudah tentu Patin Tempoyak Air Bukit, hidangan istimewa yang bakal membuatkan anda datang kembali untuk kali kedua!

Lebih Daripada Sekadar Hidangan Utama!

Sisik juga menawarkan pelbagai pilihan mi seperti laksa serta kudapan seperti takoyaki. Meja pencuci mulut pula dihiasi dengan pelbagai kuih-muih tradisional, kek, dessert, bubur manis, dan rojak buah, melengkapkan pengalaman berbuka yang sempurna.

Siapa sangka, dari hanya RM12 hasil jualan pertama 13 tahun lalu, kini Noralinda dan pasukannya berjaya menjana purata jualan harian mencecah RM30,000 bukti dedikasi dan kehebatan Restoran Sisik dalam dunia kulinari!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati bufet berbuka puasa eksklusif ini. Tempah awal untuk menikmati harga promosi sebelum terlambat!

Tempahan & Maklumat Lanjut di laman web rasmi www.sisikmedanikanbakar.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 May 2019

Remaja 16 tahun ditemui maut setelah buat bancian mengenai bunuh diri di Instagram

Adakah keputusan bancian itu mempengaruhi tindakannya?

Hiburan Thu, 29 Sep 2022

Uqasha Senrose Beri Bunga Pada Kamal Adli, Netizen Teringin Nak Kahwin

Bestnyaaa 🥰 Sweet betul lah pasangan suami isteri ni! 😍

Hiburan Thu, 31 Jul 2025

Syamel, Ernie Zakri Janji Persembahan Penuh Jiwa Di Ambang Tahun Baharu – “Malam Sarat Emosi, Penuh Nostalgia”

Ernie Zakri, Syamel janji beri persembahan luar biasa secara intimate di konsert ambang tahun baru

Featured Fri, 23 Jul 2021

Tarikh Pembayaran i-Citra Bermula 2 Ogos Ini

Bayaran i-CITRA akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini. Pengumuman itu dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam ciapan terbaharunya hari ini. Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan mengambil masa 1 sehingga […]

Featured Thu, 25 May 2023
Featured Mon, 15 Jun 2026

Persembahan Sentiasa Di Luar Kotak, Aisha Retno Hargai Usaha Anggrek Pilih Jadi Rakan Duet

Aisha Retno menzahirkan rasa syukur dan terharu apabila dipilih oleh Anggrek sebagai rakan duet untuk beraksi di pentas akhir sebuah program realiti nyanyian. 

Featured Sun, 26 May 2024
Hiburan Tue, 12 Mar 2024
error: Content is protected !!