Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 15, 2026 @ 12:35pm

Persembahan Sentiasa Di Luar Kotak, Aisha Retno Hargai Usaha Anggrek Pilih Jadi Rakan Duet

Penyanyi popular, Aisha Retno menzahirkan rasa syukur dan terharu apabila dipilih oleh Anggrek sebagai rakan duet untuk beraksi di pentas akhir sebuah program realiti nyanyian.

Menerusi perkongsian di Threads, Aisha mengucapkan terima kasih kepada Anggrek dan Adira kerana memberi kepercayaan terhadap dirinya untuk sama-sama berduet di malam kemuncak pertandingan itu nanti.

Akuinya, dia sudah tidak sabar untuk memberikan persembahan terbaik sekali gus meminta cadangan daripada peminat mengenai idea persembahan mereka nanti.

“Anggrek thank you sudi pilih Kak Aisha jadi kawan duet Anggrek di final. Let’s get to business. Bismillah. Nak kita orang buat apa guys di final next week?,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti mahupun peminat meluahkan rasa teruja dan  tidak sabar untuk melihat persembahan kedua-dua bintang itu yang disifatkan sebagai sangat kreatif dan sentiasa tampil dengan persembahan di luar kotak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Nov 2020
Featured Sat, 17 Sep 2022

Enggan Bertemu Media, Tak Mahu Wajah Dirakam… Mia Sara Pilih Kunci Mulut

Mungkin Mia perlukan masa untuk bertenang 🤷‍♀️

Drama Fri, 5 Dec 2025

‘Sumpah Ibuku’ Semakin Panas! Netizen Puas Hati, Che Yam Rupanya Dimadukan Dalam Diam

Makin best drama bersiri Sumpah Ibuku! Jangan lupa saksikan di slot Akasia TV3!

Featured Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Fri, 3 Nov 2023
error: Content is protected !!