Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 12, 2025 @ 2:19pm

Marygrace Sudah Enam Tahun Bergelar Muslim – “Bukan Paksaan, Hati Saya Terbuka Selepas Mendalami Islam”

Penyanyi berbakat dan juara Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Marygrace memeluk Islam sejak enam tahun lalu.

Marygrace, atau nama sebenarnya Marygrace Jane C Penserga, 24, mengikuti jejak ibunya yang terlebih dahulu menerima hidayah.

“Saya bertukar agama kerana ikut emak, ikut keluarga. Saya ikut mak yang pilih Muslim dan saya dengan adik pun sokong mak. Kami berdua ikut mak masuk Islam. Tiada salahnya pun.

“Mak dulu peluk Islam, selepas itu barulah saya dan diikuti adik. Saya pelan-pelan memahami tentang Islam dan sejak itu saya bertekad bertukar agama ikut mak. Ia bukan paksaan dan memang hati terbuka untuk tukar agama,” katanya dalam temubual bersama F8Buzz Channel.

Menyentuh soal nama, Marygrace menegaskan bahawa dia tetap mahu mengekalkan identitinya.

“Saya tiada nama Muslim sebab Marygrace Jane Peserga adalah nama khas diberi oleh arwah ayah saya.

“Itu satu-satunya perkara yang saya rasa, saya perlu simpan. Jadi saya takkan ganti nama. Saya akan guna nama saya sebenar. Kad pengenalan biar Islam,” katanya.

Sebelum ini, ramai peminat menyangka Marygrace bukan seorang Muslim. Namun, spekulasi itu mula berubah apabila kamera merakam kehadiran ibunya di Studio NTV7, lengkap dengan penampilan sopan sebagai seorang Muslimah, memberi sokongan penuh kepada anaknya.

Selain wang tunai RM500,000, Marygrace turut membawa sebuah kereta Peugeot 408 GT, kontrak rakaman bersama Alternate Records selama dua tahun dan lagu baharu digubah oleh komposer dan penyanyi Indonesia, Ade Govinda.

Artikel Berkaitan: Terbuka Kemenangan Juara CSOIAM Dipertikai, Marrygrace Nak Bina Rumah Lebih Selesa Di Sabah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Jan 2019

Pemandu Toyota Vios Disah Positif Ganja

Memang sah positif ganja pemandu Vios yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan SUV terjunam

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

PANAS! ARTIS ASAL PERAK INI TERLIBAT ISU DADAH

Pihak polis juga memberitahu bahawa, pelakon yang berusia 26 tahun itu mengambil dadah dan mendapat bekalan tersebut sejak 6 bulan yang lalu

Hiburan Mon, 4 Nov 2024
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Tahniah! Ini Senarai Pemenang Di Anugerah Emmy Ke 70

Musim ketujuh Game of Thrones menerima sebanyak 22 pencalonan dalam Anugerah Emmy Primetime tahun ini.

Hiburan Mon, 29 Sep 2025

“Mereka Sempat Selamatkan Mulan Daripada Dihempap Motor Elektrik” – Atikah Suhaime Minta Netizen Jangan Salahkan Pembantu Rumah

Atikah Suhaime menjelaskan pembantu rumahnya sempat selamatkan Mulan daripada dihempap motor elektrik

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

“Diam Tak Bermakna Saya Boleh Dibuli, Kita Ada Undang-Undang” – Pernah Digelar S*ndal, Amira Othman Kesal Buli Siber Makin Melampau

Amira mengakui dia tidak terlalu mengambil tahu apa yang diperkatakan di platform Threads

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Siap Sedia! Luncai Emas Bawakan TAMASYA ANAK MUDA 3 November Ini

Bersedialah untuk sebuah tamasya yang akan mengegarkan hari Sabtu anda, jom!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
error: Content is protected !!