Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 13, 2025 @ 10:39am

Cover Lagu Finalis AJL39 Dapat Kecaman, Kelly Azman Tak Ambil Hati – “Saya Tukar 10 Pasang Baju, Menyanyi Live Recording”

Menyemarakkan lagi bahang Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), selebriti Kelly Azman tampil dengan sebuah muzik video istimewa menyaksikan dia menyanyikan semula atau ‘cover’ secara medley 10 buah karya finalis yang bakal bersaing pada 16 Februari ini.

Kelly atau nama sebenar Raja Azman Raja Ayob, 48, berkata, dia mengambil masa kurang daripada seminggu untuk menyiapkan projek tersebut yang diberi nama ‘AJL39 Showcase – Kelly Azman’.

Menurut Kelly, dia juga menggunakan khidmat juruvideo profesional dan menggayakan 10 pasang persalinan berbeza.

“Saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk buat persiapan termasuk dari segi konsep dan juga baju yang mana menggunakan 10 persalinan.

@kellyazman 10 lagu membawa rasa dalam nada. Sudahkah anda sedia untuk merasainya? Anugerah Juara Lagu 39, 16 Februari 2025 ini! #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa #Resiko ♬ original sound – Kelly Azman

“Saya juga menggunakan juruvideo profesional untuk muzik video tersebut dan paling penting saya menyanyi ‘live recording’,” katanya.

Ditanya mengenai inisiatif sendiri untuk menyiapkan muzik video tersebut, pelantun lagu ‘No No No’ itu menjawab dia mahu meraikan 10 buah karya yang berjaya melangkah ke AJL39.

“Kenapa saya ada ‘effort’ sendiri untuk buat kerana mahu meraikan dan menghargai 10 buah karya yang akan bersaing di AJL39.

@kellyazman Diam !!!! Untuk Full Video Sila Ke Kely Azman TV youtuber #ajl39 #tv3 #hawlhusain ♬ original sound – Kelly Azman

“Lagu-lagu yang dipertaruhkan mempunyai kualiti masing-masing. Kalau bukan saya, siapa lagi yang mahu meraikan semua finalis ini.

“Saya mahu menghiburkan netizen terutama yang meminati acara kemuncak AJL39 nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Kelly menyedari muzik video yang kini sudah dimuat naik di YouTube mendapat kecaman netizen, namun tidak mengambil hati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Aug 2022

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Alamak, ni apa kes? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa individu ni sampai nak cancelled Fazura? Sendiri cari penyakit, kan dah kena kecam 😌

Trending Sun, 25 Apr 2021

Ketat SOP Di Sekolah, Ibu Bapa Jangan Bimbang – Rina Harun

Makin ramai sekolah ditutup sekarang ni…

Featured Wed, 8 Dec 2021

Pihak Pengurusan Tak Mahu Fat Amy Turunkan Berat Badan

Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Fat Amy, Rebel Wilson, 41, memberitahu pihak pengurusan tidak begitu menyokong keputusannya untuk mengurangkan berat badan. Rebel mendedahkan perkara terbabit menerusi satu sesi temu duga di BBC Breakfast, baru-baru […]

Trending Thu, 26 Oct 2023

Nabila Huda Bongkar ‘Rahsia’ Ketiak Putih, Netizen Komen: “Tak Geli Ke? Kalau Aku Dah Menggelupur”

Agak-agak rasa apa ek? Lepas ni bela Oyen je lah, takyah buat treatment memutihkan dah🤣🤣🤣🤣🤣

Trending Sat, 22 May 2021

Kerana Sotong Masak Hitam, Netizen Panggil Siti Sarah ‘Bodoh’

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dirinya dikecam oleh netizen selepas berkongsi video dirinya sedang menyediakan juadah sotomg masak hitam. Ada warganet yang mendakwa sotong masak hitam haram dimakan lalu memanggil Sarah dengan gelaran ‘bodoh’. View this […]

error: Content is protected !!