Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 14, 2025 @ 6:06am

Pilih Berdiam Diri Ketika Isu Hangat Diperkatakan, Rozita Che Wan Akui Ada Rakan Menjauh Selepas Kontroversi

Pelakon Rozita Che Wan mengakui kontroversi berkaitan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyebabkan ada segelintir rakan menjauhkan diri daripadanya.

Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 52, situasi tersebut tidak mengejutkannya, malah dia melihatnya sebagai petunjuk daripada Allah.

“Mestilah ada yang menjauhkan diri. Apabila Allah memberikan ujian kita boleh tengok yang mana Allah nak jauhkan kita daripada dia, masa itulah dia pergi.

“Saya fikir positif saja. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana, pada Khamis.

Namun, ibu kepada tiga cahaya mata itu enggan mendedahkan individu yang dimaksudkan.

Dalam perkembangan lain, Che Ta turut memaklumkan bahawa isu hutangnya kini sudah diselesaikan, kecuali pinjaman rumah.

“Alhamdulillah semua dah selesai. Sudah tiada apa-apa (kaitan). Cuma saya masih ada hutang rumah yang perlu dibayar. Rasanya semua orang pun tidak boleh mengelak dengan komitmen seperti itu,” ujarnya.

Berkongsi mengenai sikap berdiam diri yang diambil ketika isu ini hangat diperkatakan, Che Ta menjelaskan bahawa kematangan membantunya menangani situasi dengan lebih baik.

“Saya rasa tak perlu nak tampil atau beri penjelasan kepada sesiapa pun. Saya tak ada masalah dengan orang lain. Jadi saya simpan untuk diri sendiri.

“Cuma mungkin sekarang saya semakin matang dan bila mana membabitkan ahli keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak.

“Apabila berhadapan dengan benda begini, mereka tertanya-tanya bagaimana saya boleh setenang ini.

“Saya hanya mampu cakap, setiap masalah akan ada masa untuk dia berakhir. Allah takkan turunkan ujian itu kalau kita sebagai hamba ini tak dapat nak menanganinya. Saya percaya Allah akan selalu ada,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilaporkan diserbu pihak MARA, bersama peguam dan wakil mahkamah, susulan kegagalan melunaskan pinjaman hampir RM1 juta.

Bagaimanapun, pelakon itu dipercayai telah membuat pembayaran sebanyak RM550,000 bagi menyelesaikan sebahagian daripada hutangnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 May 2025
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

Adik Achey Curi Perhatian

Achey Bocey iaitu Nornatasha Hamzah atau Tasya curi perhatian ramai apabila dia bakal bersaing dalam program terbaru, Gegar Lawak.

Hiburan Fri, 14 Mar 2025
Hiburan Fri, 21 Nov 2025
Hiburan Mon, 24 Dec 2018

‘Dangdut Bukan ‘Makanan’ Saya Tapi…’ – Wani Kayrie

Penyanyi muda ini bercadang nak hasilkan lagu dangdut tahun depan. Tapi tak nak lagu dangdut rentak sedih katanya…

Featured Thu, 26 Jan 2023

Mohon Doa Peminat, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Tunai Umrah

Penyanyi terkenal, Zizi Kirana bersama suami, pelakon Yusuf Bahrin berangkat ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah.   View this post on Instagram   A post shared by KIRANA (@zizi_kirana) Menerusi hantaran Zizi di laman Instagram […]

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Adik Nafi Anita Sarawak Cerai, Hidap Kanser

Timbul khabar angin mengatakan beliau sedang menjalani rawatan penyakit kanser.

error: Content is protected !!