Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Padin February 12, 2025 @ 4:38pm

Terus Kembangkan Sayap Cawangan Keempat, Jom Nikmati Sajian Stik & Udang Kara Premium di Elmina

Selepas lebih sedekad dikenali sebagai restoran ‘semi fine dining’ yang menyajikan stik dan udang kara premium, Kay’s Steak & Lobster kini meluaskan operasi dengan pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.

Pemilihan lokasi strategik ini didorong oleh permintaan pelanggan yang tinggi, menjadikannya pilihan ideal bagi pencinta makanan di pinggir Lembah Klang.

Menurut Pengarah Urusan Kay’s Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid, pembukaan cawangan Elmina melengkapkan sasaran jenama itu untuk memenuhi permintaan di bahagian utara Lembah Klang, seiring dengan tiga cawangan sebelumnya.

“Putra Heights yang merupakan premis pertama dan juga dapur pusat kami memenuhi permintaan di bahagian barat Lembah Klang, sementara cawangan di Conezion, Putrajaya meliputi kawasan timur.

“Outlet di Ampang pula memberi fokus kepada kejiranan bahagian tengah, manakala Elmina kini menjadi tambahan terbaru dengan kapasiti sehingga 50 pelanggan dalam satu masa sejak beroperasi pada Julai tahun lalu.

“Melihat sambutan yang memberangsangkan, pemilihan lokasi ini ternyata bertepatan. Kami percaya selain makanan yang enak serta layanan bertaraf enam bintang, pelanggan juga mengutamakan kemudahan seperti tempat letak kereta yang luas, dan inilah tempatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian cawangan baharu jenama restoran terbabit yang dihadiri lebih 100 jemputan termasuk wakil media, pempengaruh serta rakan niaga, baru-baru ini.

Menurut Aizuddin, permintaan tinggi untuk pembukaan cawangan ini turut dipacu oleh reputasi Beef Wellington, yang menjadi tarikan utama pelanggan.

“Kami tiada formula khas untuk bertahan, tetapi bertuah kerana disokong oleh pelanggan setia serta penggemar baharu yang sering kembali bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Istimewanya, selain menu utama seperti udang kara hidup yang diimport terus dari Maine, Boston, dan Kanada, kami juga menyajikan stik berkualiti tinggi serta aneka pasta.

“Beef Wellington yang menjadi ‘signature dish’ kami mendapat sijil halal sah dari JAKIM, manakala daging stik pula diimport dari ladang terbaik di Australia, iaitu jenis premium daripada pembekal Stanbroke.

“Daging ini terkenal dengan kualiti tinggi, tekstur yang juicy dan paling penting, ia tidak dibekukan serta dijamin halal,” jelasnya.

Dari segi harga, hidangan stik masih dalam kategori mampu milik dengan stik ribeye bermula RM130, manakala lobster sekitar RM300, bergantung kepada berat, yang kebiasaannya sekitar 800 gram.

Selain menjadi lokasi makan santai seisi keluarga, restoran ini juga sering menjadi pilihan bagi sambutan istimewa seperti hari lahir dan ulang tahun perkahwinan.

“Kami turut menitikberatkan dekorasi dalam setiap cawangan. Di Elmina, kami menyediakan ruang privasi khas untuk pelanggan yang mahukan suasana lebih eksklusif,” tambahnya.

Menjelang Ramadan, mereka akan memperkenalkan menu khas iaitu Nasi Lemak Lobster Berempah dan Nasi Lemak Rendang Short Rib Berempah, selain hidangan sedia ada.

Dalam pada itu, Aizuddin turut berkongsi perancangan untuk membuka satu lagi cawangan baharu di KLGCC, Kuala Lumpur pada Ogos tahun ini dengan konsep berbeza.

“Kami juga sedang merancang untuk melebarkan sayap ke Johor Bahru dan Pulau Pinang pada suku pertama tahun 2026,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 30 May 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Gabungan Tempatan, Asia & Barat di Sunway Putra Hotel

Mahu kelainan dalam seleksi berbuka? Punya kegemaran eksotik gabungan menu dunia Timur dan Barat? Atau meraikan rakan sepejabat yang berlainan citarasa? Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan konsep gerai makanan pelbagai sehingga penghujung Ramadan ini! […]

Featured Mon, 25 May 2020

Dua rakyat Malaysia kongsi sambutan Syawal di Taiwan ketika COVID-19

Hari Raya disambut dengan lebih berhati-hati

Featured Fri, 16 Dec 2022
Featured Fri, 23 Dec 2022

Korbankan Agama Demi Kejayaan Orang Lain, Nasihat Nabil Ahmad Sentuh Hati Peminat

Tular sebuah video memaparkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad memberi sedikit nasihat tentang agama dan kejayaan buat peminatnya di media sosial. @bebetterforfuture ALLAHU #hijrah #ria #nabilneelofa #dakwah #hambaallah ♬ a thousand years – favmusicvibes Video […]

Eat Travel Wed, 6 Jun 2018

Teringin Nak Masak Mee? Cuba Resipi Mee Bandung Yang Mudah Dan Gerenti Sedap Ini

Kalau dan bosan dengan mee kari atau mee rebus, apa kata cuba masak mee bandung pula?

Gaya Hidup Sun, 6 Jan 2019
Fab Foodies! Tue, 27 Nov 2018

适度饥饿养长寿基因!强大修复功能促长寿

根据世界上很多国家的研究,在人类的长寿因素中,不可少的一个要素,就是适度饥饿。

Fab Foodies! Fri, 8 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Ayam Bakar Mozarella

Lumurkan campuran pada ayam dan bakar selama 12 minit pada suhu 180 darjah hingga separuh masak. Setelah separuh masak, taburkan keju mozzarella dan bakar lagi selama 5-8 minit sehingga ayam masak sepenuhnya. Siap!

Eat Travel Thu, 11 Jul 2019
Featured Fri, 25 May 2018

Leher Anda Hitam? Gunakan Buah Betik Untuk Hilangkannya!

Atasi masalah kulit leher hitam dengan menggunakan buah betik sahaja!

error: Content is protected !!