Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2025 @ 11:41am

AJL39: Kembali Dengan Ramalan, Neelofa Pilih Nadeera, Marsha Milan & Hael Husaini Ungguli Anugerah Juara Lagu

Meskipun sudah beberapa kali memaklumkan dia bakal ‘pencen’ daripada membuat tekaan tentang siapakah pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL), kali ini, Neelofa sekali lagi tampil membuat kejutan apabila meramalkan ‘ top 3’ pilihannya untuk AJL39.

Menerusi ciapan di X, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor meramalkan lagu yang mempunyai peluang besar untuk merangkul anugerah pada malam berprestij itu nanti adalah, Nadeera Zaini (Bukan Lagi Kita), Masha Milan (Hening Rindu) dan Hael Husaini (Diam).

Terdahulu, pada edisi ke-38,  Neelofa sekali lagi menepati ramalan apabila lagu pilihannya iaitu Hasrat nyanyian Amir Jahari dinobat sebagai Juara Lagu.

Manakala, pada AJL37 lalu, Neelofa juga menepati ramalan apabila lagu pilihannya mengungguli carta tiga terbaik iaitu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos serta Terus Hidup nyanyian Aina Abdul.

Jika pada AJL 36 pula, ramalan Neelofa sekali lagi tepat apabila lagu Pelukan Angkasa nyanyian Shila Amzah dan SOG diangkat sebagai Juara AJL 36.

Dan pada edisi ke-35, Neelofa meramalkan Aina Abdul menerusi lagu Semalam untuk bergelar juara namun Aina sekadar meraih naib juara.

Tidak habis disitu, AJL 34 pula menyaksikan ramalan bekas pengacara Nona itu mengena apabila lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel dinobat sebagai juara kesuluruhan.

AJL39 dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Iman, dan bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.

Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.

Mari cipta gelombang di media sosial! Gunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa dan kongsi ramalan anda siapakah juara sebenar AJL39?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

「凡人」萧秉治11月来马!北中南全马宣传跑透透

萧秉治「浴火重生」以专辑《凡人Mortal》回归乐坛,将于11月3日及4日来马,北中南全马宣传跑透透!

Featured Wed, 21 Dec 2022

Comelnya Gelagat Tyra Kamaruzzaman Menjerit Teruja Dapat Mainan Bubble Bazooka Sempena Birthday!

Pempengaruh jelita, Tyra Kamaruzzaman berkongsi keterujaan menerima hadiah mainan sempena hari ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Tyra sedang membuka setiap hadiah yang diterima dan menjerit teruja ketika menerima mainan Bubble Bazooka. Bukan […]

Featured Fri, 25 May 2018

Nak Muka Flawless Macam Izara Aishah? Pelakon Ini Kata Jangan Lakukan Kesilapan Lazim Ini

Anda mungkin tak perasan yang teknik penjagaan kulit muka anda ada kekurangannya.

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Featured Wed, 25 Apr 2018

Ini 6 Penyebab Kulit Berkedut Yang Anda Takkan Sangka

Anda boleh pakai krim rawatan kedutan tapi kenapa nak merawat kalau anda boleh mencegah?

LIFESTYLE Sat, 15 Dec 2018

Aplikasi SENTUH Mungkin Bakal Ubah Hidup Anda, Dah Cuba?

Kami akan ajar bermula dari A-Z sekaligus menyediakan kelas pembelajaran asas sebelum memiliki spa bergerak sendiri.

error: Content is protected !!