Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 9, 2023 @ 1:08pm

Tak Pernah Ditipu Penganjur, XPDC Kongsi Tips… Minta Wang Pendahuluan 50 Peratus Sebelum Buat Persembahan!

Kumpulan rock otai, XPDC bersyukur sepanjang tiga dekad bergelar anak seni, mereka tidak pernah berdepan dengan masalah di tipu oleh pihak penganjur.

Menurut Zuar selaku pemain gitar, meletakkan syarat dengan meminta wang pendahuluan sebanyak 50 peratus sebelum membuat persembahan adalah kunci utama mengapa kumpulan XPDC  tidak pernah berdepan dengan insiden sedemikian.

“Jika mahu kami buat  persembahan kena bayar 50 peratus dahulu daripada harga yang dipersetujui. Sebab itu kami tak pernah kena tipu. Sebab kami sangat tegas dengan prinsip tersebut.

“Kami tidak memilih cuma kami bukan orang baru dalam industri ni. Kalau nak kami buat promosi ada deposit baru kerja jalan sama juga dengan buat persembahan,” katanya.

Zuar mendedahkan mengenai perkara itu ketika ditemui XTRA pada sidang media Search Voyage Of Asia dan Hari Rock Negara Edisi Selatan baru-baru ini.

 

Mengulas lanjut mengenai konsert yang akan diadakan pada 25 November nanti, Zuar mmemaklumkan, kumpulan XPDC hanya tampil sebagai artis jemputan sahaja memandangkan mereka bersimpati terhadap insiden yang menimpa penganjur konsert, C&M Music Centre yang telah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Malah, mereka juga hanya tampil selama 45 minit sahaja bagi membuat persembahan pembukaan pada konsert tersebut.

“Kami ada dengar  penganjur ada masalah, tapi kami tetap bersetuju. Sebenarnya untuk sidang media konsert ini juga tidak ada dalam perjanjian, tapi kami tetap rela hati datang sebab mahu bantu mereka. 

“Disebabkan kami simpati mereka tertipu, jadi kami tetap bekerjasama. Sebenarnya, tawaran untuk buat persembahan pembukaan konsert ini  sudah diberikan pada awal tahun ini tapi saya tengok promosi tidak berjalan dan timbul masalah terhadap jualan tiket.

“Disebabkan perjanjian kami sebegitu, maka tidak ada persembahan bersama Search. Kami hanya buat apa yang diminta sahaja,” ujarnya.

Sekadar info, bagi mengenang kesusahan dan penderitaan saudara Muslim di Gaza, pihak penganjur turut bekerjasama dengan Syria Care bagi sama-sama mengutip sumbangan bagi tabung Search XPDC Voyage Of Asia For Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN:XPDC ‘Friendly’ Tak Pilih Tawaran Menyanyi, Aktif Buat Persembahan Di Tapak Karnival –  “Kalau Nak Tunggu Konsert Kami Nak Makan Apa?”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Aug 2023
Featured Fri, 25 Jul 2025

“Wannabe Gangster, Kaki Buli Memang Tak Cool!”- Alif Satar

Kata Alif, jadi gangster atau kaki buli tak ada siapa yang akan hormat.

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

“Dia Masih Suami Saya, Tapi…” – Adira Tetap Dengan Pendirian

All the best Adira untuk Separuh Akhir 34 Muzik Muzik nanti!

Featured Sat, 30 Oct 2021
Trending Wed, 11 Dec 2019

Video Lucah Zul Ariffin Tular?

Alamak! Takutnyaaaa

Hiburan Sun, 3 Dec 2023
error: Content is protected !!