Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 16, 2025 @ 5:53pm

#AJL39: Saksama Jadi ‘Senjata’ Akim & The Majistret, Janji Persembahan Luar Biasa

Penyanyi dan komposer berbakat, Akim Ahmad, tidak menafikan impiannya untuk membawa pulang trofi berprestij Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Mempertaruhkan lagu Saksama, Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret berjanji akan memberikan kelainan dalam persembahan mereka bagi menepati konsep AJL.

“Akan ada perubahan dalam susunan muzik dengan penambahan instrumen bagi memberikan impak yang lebih besar. Kami ingin memastikan persembahan ini benar-benar bermakna dan menghiburkan,” katanya.

Mengakui rasa gementar tetap ada, Akim bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan daripada isteri tercinta, Stacy, serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Mewangi itu tidak meletakkan harapan tinggi untuk mengulangi kejayaan Potret, yang pernah dinobatkan sebagai juara AJL30.

“Sejujurnya, memang ada sedikit keinginan untuk menang demi mengangkat lagu ini ke tahap tertinggi. Namun, saya serahkan segala keputusan kepada juri profesional yang lebih arif.

“Apa yang lebih penting bagi saya adalah memberikan persembahan terbaik dan memastikan lagu Saksama sampai ke hati penonton,” ujarnya.

Selain Akim & The Majistret, sembilan finalis AJL39 lain ialah Nadeera (Bukan Lagi Kita), Aina Abdul (Puas Sudah) Amir Masdi (Sengaja), Ernie Zakri (Aura), Marsha Milan (Hening Rindu), Hafiz Suip (Terus Bersinar), Hael Husaini (Diam), Masdo & Aisyah Aziz (Pujaanku), Benzooloo, dan Tuju & MK K-Clique (Risiko).

AJL39 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 9 malam ini yang akan dihoskan oleh Nas Rahman dan Sissy Imann.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Dec 2018
Hiburan Tue, 13 May 2025
Acara Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Takut Di Saman Oleh Linda Rafar, Ramai Yang Mula Minta Maaf

Tindakan berani Linda menfailkan saman terhadap netizen mendapat pujian kerana Linda merupakan selebriti pertama berbuat sedemikian

Featured Mon, 23 Oct 2023

Lebih ‘Deep’! Pamer Persembahan Luar Biasa, Fourtwnty Bikin 1,500 Peminat ‘Puas’

Persembahan Fourtwnty semuanya gokil. Sampai jumpa di tour selanjutnya!🖐️

Trending Mon, 21 Oct 2019

Terkejut Ada Kelibat Sewaktu ‘Selfie’ Ketika Mendaki Bukit

Jaga-jaga sewaktu mengambil gambar tidak kira dimana ye

Cahaya Mata Fri, 12 May 2023
error: Content is protected !!